PERSEPSI KOMUNITI KAMPUS TERHADAP RISIKO BANJIR KILAT: SATU KAJIAN KES DI KUALA LUMPUR
COMMUNITY PERCEPTIONS ON FLASH FLOOD RISKS: A CASE STUDY IN KUALA LUMPUR
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i3.982Keywords:
banjir kilat, persepsi, pengetahuan, SPSS, bencana alamAbstract
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis persepsi warga Universiti Malaya terhadap kejadian banjir kilat yang semakin kerap berlaku dalam kawasan kampus. Banjir kilat merupakan bencana alam yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh singkat dan sering melanda kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran soal selidik kepada 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar, kakitangan dan pensyarah di Universiti Malaya. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS yang merangkumi analisis deskriptif dan regresi linear. Hasil utama menunjukkan bahawa warga UM mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kejadian banjir kilat, dengan faktor manusia seperti sistem saliran tidak efisien dan pembangunan kawasan hutan dikenal pasti sebagai penyumbang utama. Analisis regresi juga menunjukkan bahawa tindakan seperti pemasangan sistem amaran awal dan penyediaan bahan digital semasa banjir memberi kesan signifikan terhadap tahap pengetahuan responden. Kajian ini menyarankan pelaksanaan langkah teknologi seperti aplikasi amaran banjir dan infrastruktur hijau untuk memperkukuh kesiapsiagaan komuniti kampus. Kesimpulannya, peningkatan kesedaran dan tindakan bersepadu amat penting dalam pengurusan risiko banjir kilat di institusi pengajian tinggi bandar.
References
[1] Abdullah, M.K.A. (2023): Persepsi Penduduk Terhadap Faktor Bencana Banjir: Kajian Kes di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. – Progress in Engineering Application and Technology 4(2): 611-617.
[2] Ang, K.H. (2016): Persepsi masyarakat terhadap bencana banjir monsun di Malaysia: Kajian kes Kota Bharu, Kelantan. – Geografia 12(9): 24-31.
[3] Edmund, W., Eboy, O.V. (2024): Kesan gempa bumi Ranau tahun 2015 terhadap risiko banjir di Kota Belud menggunakan GIS: The Effect of the 2015 Ranau earthquake towards flood risks in Kota Belud using GIS. – Quantum Journal of Social Sciences and Humanities 5(2): 172-189.
[4] Fuad, S.N.M., Shafii, H., Wee, S.T., Mohamed, S., Sarpin, N., Chen, G.K. (2023): Faktor-faktor yang Menyumbang kepada Bencana Banjir di Kawasan Taman Nira, Batu Pahat, Johor. – Research in Management of Technology and Business 4(1): 1249-1266.
[5] Hashim, N.M., Muhamad, S., Aiyub, K., Yahya, N. (2011): PEMBANGUNAN TANAH HUTAN DAN FENOMENA BANJIR KILAT: KES SUNGAI LEMBING, PAHANG (Land forest development and flash flood phenomenon: A case of Sungai Lembing, Pahang). – e-BANGI 6(2): 155-169.
[6] Jafar, A., Sakke, N., Mapa, M.T., Geogre, F., Dinggai, M.S. (2021): Community Adaption to Flood Hazards: A Case Study of Kg. Bekalau, Beaufort, Sabah, Malaysia: Adaptasi Masyarakat Terhadap Bahaya Banjir: Kajian Kes Kg. Bekalau, Beaufort, Sabah, Malaysia. – GEOGRAFI 9(2): 61-85.
[7] Ramli, H.S., Shafii, H., Masram, H., Wee, S.T., Sarpin, N., Ibrahim, M.H. (2023): Isu ‘Poket Development’Membawa kepada Masalah Banjir Kilat di Kawasan Pinggir Bandar. – Research in Management of Technology and Business 4(1): 1185-1202.
[8] Syahrin, N.N., Seow, T.W., Sarpin, N., Mohamed, S. (2024): Kajian Permasalahan Sistem Saliran yang Menyumbang kepada Berlakunya Banjir Kilat. – Research in Management of Technology and Business 5(2): 749-762.
[9] Yusof, N.S.M., Sarpin, N., Mohamed, S., Shafii, H., Masrom, M.A.N. (2024): Kejadian Banjir Kilat di Daerah Yan, Kedah: Perspektif Penduduk dan Pihak Berkuasa Tempatan. – Research in Management of Technology and Business 5(2): 503-519.
[10] Yusoff, S.Y.M., Thomas, R. (2021): Pemetaan Titik Panas Banjir Kilat Di Kuala Lumpur: Pemetaan Titik Panas Banjir. – Malaysian Journal of Tropical Geography (MJTG) 47(1 and 2): 123-142.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 WAN NORHAFIZI WAN NORDIN, ANG KEAN HUA

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.