PEMODELAN SPATIAL GIS DALAM MENILAI DINAMIK BANJIR TENGKUJUH DAN POLA RISIKO DI PASIR MAS

GIS SPATIAL MODELLING IN ASSESSING MONSOONAL FLOOD DYNAMICS AND RISK PATTERN IN PASIR MAS

Authors

  • WAN MOHAMAD ISMA NAJWAN WAN MANAF Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • ANG KEAN HUA Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i3.981

Keywords:

banjir tengkujuh, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pasir Mas, taburan hujan, kecerunan tanah

Abstract

Kajian ini menganalisis faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada kejadian banjir “tengkujuh” di Jajahan Pasir Mas, Kelantan dengan menggunakan pendekatan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mengintegrasikan data topografi, hidrologi, kecerunan, taburan hujan dan jarak dari sungai. Data daripada DEM, TIN, peta kecerunan, kontur, dan hillshade dianalisis bersama data taburan hujan bagi tahun 2011, 2013, dan 2015 untuk menilai hubungan antara morfologi tanah dan potensi banjir. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahun 2013 merekodkan taburan hujan tertinggi (min 2,946.34 mm) serta paras larian air yang lebih besar, menjadikannya tahun paling berisiko untuk banjir besar. Analisis kecerunan dan DEM pula menunjukkan bahawa Pasir Mas mempunyai kecerunan tanah yang sangat rendah (0.53°–1.46°) dan muka bumi yang rata, menghalang kelajuan aliran air dan meningkatkan tempoh genangan. Zon penampan sungai mendedahkan bahawa kawasan terdekat dengan Sungai Kelantan dan Sungai Golok, seperti Rantau Panjang, Kubang Gadong dan Alor Pasir, berada dalam radius 200–400m yang dikategorikan sebagai zon risiko banjir tertinggi. Kajian ini menegaskan bahawa interaksi antara taburan hujan ekstrem, topografi landai dan proximity terhadap sistem sungai merupakan pemacu utama banjir tengkujuh di Pasir Mas. Selain itu, pemetaan GIS memberikan gambaran visual dan analitis yang kritikal untuk meramal pola banjir, merancang pembangunan kawasan rendah, serta memperkukuh langkah mitigasi jangka panjang. Dapatan ini membuktikan keperluan pendekatan bersepadu dalam memahami dan mengurus risiko banjir, selaras dengan keperluan adaptasi perubahan iklim.

References

[1] Ghosh, S., Mistri, B. (2015): Geographic Concerns on Flood Climate and Flood Hydrology in Monsoon‐Dominated Damodar River Basin, Eastern India. – Geography Journal 16p.

[2] Hoyt, W.G., Langbein, W.B. (1955): Floods. – Princeton University Press 469p.

[3] Hussain, T.P.R.S., Ismail, H. (2016): Perubahan gunatanah dan kejadian banjir di Lembangan Saliran Kelantan. – GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space 12(1): 118-128.

[4] Ishak, N.S., Dali, A.M., Razak, M.R.A. (2014): Sejarah Banjir Besardi Semenanjung Malaysia, 1926-–1971: Flood History in Peninsular Malaysia, 1926–1971. – Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 6(3): 54-67.

[5] Jafar, A., Sakke, N., Mapa, M.T., Saudi, A., Hassan, D., George, F. (2020): Pengaruh Monsun Terhadap Bahaya Banjir: Kajian Kes Dataran Banjir Beaufort, Sabah. – Jurnal Kinabalu 26(2): 165-182.

[6] Ramos, C., Reis, E. (2002): Floods in southern Portugal: their physical and human causes, impacts and human response. – Mitigation and Adaptation Strategies for Global Change 7(3): 267-284.

[7] Tangang, F.T., Juneng Liew, J.L., Salimun, E., Sei KwanMeng, S.K., Le LohJui, L.L., Halimatun Muhamad, H.M. (2012): Climate change and variability over Malaysia: gaps in science and research information. – Sains Malaysiana 41(11): 1355-1366.

[8] Yusof, N.H.M. (2019): Pattern of flooding in Kelantan due to extreme rainfall and tidal phenomenon. – Universiti Teknologi Malaysia 78p.

[9] Yusoff, S.Y.M., Thomas, R. (2021): Pemetaan Titik Panas Banjir Kilat Di Kuala Lumpur: Pemetaan Titik Panas Banjir. – Malaysian Journal of Tropical Geography (MJTG) 47(1 and 2): 123-142.

[10] Zal, W.A. (2018): Ketahanan Komuniti Mangsa Bencana Banjir Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia Dalam Konteks Modal Komuniti [Community Resilience Among Flood Victims In The East Coast Of Peninsular Malaysia In The Context Of Community Capitals]. – Journal of Nusantara Studies (JONUS) 3(2): 41-53.

Downloads

Published

2025-06-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

PEMODELAN SPATIAL GIS DALAM MENILAI DINAMIK BANJIR TENGKUJUH DAN POLA RISIKO DI PASIR MAS: GIS SPATIAL MODELLING IN ASSESSING MONSOONAL FLOOD DYNAMICS AND RISK PATTERN IN PASIR MAS. (2025). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(3), 590-602. https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i3.981