PERBEZAAN KEBERKESANAN KAEDAH PAK-21 DAN TRADISIONAL DALAM PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
A COMPARISON OF THE EFFECTIVENESS OF 21ST CENTURY LEARNING (PAK-21) AND TRADITIONAL METHODS IN ISLAMIC EDUCATION TEACHING
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i5.847Keywords:
keberkesanan, pembelajaran tradisional, PAK-21, pendidikan IslamAbstract
Kajian ini menganalisis secara komparatif keberkesanan antara kaedah pengajaran tradisional dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah. Walaupun kaedah tradisional telah lama menjadi amalan dalam sistem pendidikan, wujud keperluan untuk melaksanakan kaedah PAK-21 yang menekankan kemahiran insaniah (4K 1N) dan penglibatan murid secara aktif. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan perbezaan keberkesanan antara kedua-dua kaedah tersebut serta menganalisis impaknya terhadap pencapaian akademik dan keterlibatan murid dalam pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif, di mana data diperolehi melalui kajian-kajian lepas mengenai keberkesanan PAK-21 dan dianalisis perbezaan antara keduanya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun kaedah tradisional mempunyai kesan untuk menyampaikan kandungan asas, namun kaedah PAK-21 terbukti lebih signifikan dalam meningkatkan interaksi, minat, dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Faktor-faktor seperti kesediaan guru, sokongan pentadbir dan kewujudan sumber turut dikenal pasti dapat mempengaruhi keberkesanan sesuatu kaedah. Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa pendekatan pengajaran yang menggabungkan elemen terbaik dari kedua-dua kaedah adalah ideal bagi memperkasa mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Impak kajian ini memberi signifikan terhadap amalan pedagogi guru, reka bentuk kurikulum dan dasar pendidikan khususnya di sekolah rendah.
References
[1] Al-Rahmi, A.M., Shamsuddin, A., Wahab, E., Al-Rahmi, W.M., Alismaiel, O. A., Crawford, J. (2022). Social media usage and acceptance in higher education: A structural equation model. – Frontier Education 7(2022): 1-14.
[2] Awi, N.A.L., Zulkifli, H. (2021): Amalan Kreativiti Guru Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran Abad Ke-21. – ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) 4(1): 40-54.
[3] Aziz, A.A., Mazli, N.M., Omar, N.A., Rahman, M.J.A. (2023): Pendekatan Pembelajaran Berbalik Dalam Pendidikan Abad Ke-21. – International Journal Of Educational Research On Andragogy And Pedagogy 2(1): 99-111.
[4] Hamzah, S.K., Hamzah, M.I. (2021): Penerapan Elemen Nilai Murni Dan Etika Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. – International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education 1(4): 16-31.
[5] Jusof, N., Hamzah, M.I. (2020): Kemahiran Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Murid: Satu Analisa. – International Journal of Education and Pedagogy 2(3): 1-26.
[6] Moharam, M.M.A., Mokhtar, S., Thia, K. (2021): Pendekatan Kaedah Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Abad Ke-21 Di Sekolan Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. – 5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 10p.
[7] Osman, S.F. (2023): Faktor Bahan Bantu Mengajar yang Menyokong Pengamalan Pemikiran Kritis Guru Pendidikan Islam dalam Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21. – Sains Insani 8(1): 51–57.
[8] Saifuddin, M.A. (2023): Pendidikan Islam Tradisional dan Relevansinya dalam Kurikulum Kontemporari. – Jurnal Pendidikan Islam 10(2): 45-58.
[9] Voogt, J., Erstad, O., Dede, C., Mishra, P. (2013): Challenges to Learning and Schooling in the Digital Networked World of the 21st Century. – Journal of Computer Assisted Learning 29(5): 403-413.
[10] Zahari, N.H.A., Bidin, S.N.B.S., Syamsuddin, S.N.W. (2021). Kepentingan Pengajaran dan Pemudahcaraan Berbantukan Permainan Digital bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. – RABBANICA 2(2): 19-28.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 MUHAMMAD HAZUMAN ZULKIFLI, ISSRAQ RAMLI, HABIBAH @ ARTINI RAMLIE

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.