PERANAN DASAR PENDIDIKAN YAYASAN SABAH DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SABAH, 1966-1991

THE ROLE OF YAYASAN SABAH’S EDUCATIONAL POLICY IN HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT IN SABAH, 1966-1991

Authors

  • ALARAF MAHMUD Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • MAUREEN DE SILVA Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i5.815

Keywords:

Yayasan Sabah, dasar pendidikan, pembangunan modal insan, transformasi sosial, pembangunan wilayah, pascakolonial

Abstract

Artikel ini menganalisis peranan dasar pendidikan Yayasan Sabah dalam membentuk pembangunan modal insan di negeri Sabah antara tahun 1966 hingga 1991. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan sejarah dan analisis dasar awam bagi menilai bagaimana pelbagai inisiatif pendidikan yang dilaksanakan telah memberi kesan terhadap peningkatan taraf hidup dan kapasiti sumber manusia tempatan. Antara program yang diberi perhatian termasuklah pemberian biasiswa dalam dan luar negara, pembinaan asrama dan pusat latihan, penempatan pelajar ke institusi pengajian tinggi, serta penubuhan perpustakaan penyelidikan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penyelidikan arkib, dokumen rasmi Yayasan Sabah, serta analisis kandungan dasar pendidikan dalam tempoh pascakolonial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Yayasan Sabah berjaya memperluas akses pendidikan kepada masyarakat luar bandar dan kumpulan terpinggir, sekali gus menyumbang kepada mobiliti sosial menegak dan pembangunan sosioekonomi wilayah. Kajian ini menyimpulkan bahawa dasar pendidikan Yayasan Sabah bukan sahaja berfungsi sebagai alat pembangunan modal insan, tetapi juga sebagai instrumen transformasi sosial dalam usaha membina masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di Sabah. Penelitian ini menyumbang kepada wacana pembangunan wilayah menerusi pendidikan sebagai pemangkin transformasi struktur sosial dan ekonomi di wilayah-wilayah yang kurang membangun di Malaysia.

References

[1] Dali, A.M. (2012): Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah dan Sarawak ke Dalam Malaysia. In Seminar Perlembagaan Malaysia: Di antara Sejarah dan tuntutan semasa. – Arkib Negara Malaysia 5: 14p.

[2] Datu Harun, M., Haji, T.D., Latif, S. (1981): Merdeka melalui Malaysia: sebahagian dari memoir Tun Datu Mustapha. – Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara 112p.

[3] Hussain, A. (1976): Tun Datu Mustapha bapa kemerdekaan Sabah: sebuah biografi. – MFI 186p.

[4] Kantis, J. (1988): Trend Pembangunan Ekonomi Sabah dan Keadaan Ekonomi Masyarakat Bumiputera (1963-1970). – Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies 16: 81-112.

[5] Kib, M.Z.M. (2012): Tun Mustapha: His Role and Contributions to the Development in Sabah, Malaysia. – TAWARIKH 3(2): 195-210.

[6] Leong, J. (1998): A New Beginning in Sabah, Malaysia. – Komunikasi Mutu 110p.

[7] Lukin, S.A.B., Sintang, S., Johnes, J. (2022): Sejarah Dan Pengalaman Hubungan Etnik Di Sabah: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian. – e-BANGI 19(6): 183-194.

[8] Mutalib, N.B.A. (2009): Pencapaian Masyarakat Melayu Sarawak dalam Bidang Pendidikan Sebelum Dan Selepas Merdeka: The Achievement Of Sarawak's Malay Community In Education Before And After Independent. – Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 20(1): 219-240.

[9] Osman, S., Bee, B.B.B.B., Bala, B., Radzi, M.S.M., Omar, M.A., Rahim, M.S.A., Ali, I., Tarsat, M. (2008): Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah: fungsi, peranan, dan biografi. – Universiti Malaysia Sabah 47p.

[10] Pang, T.W. (1989): Economic growth and development in Sabah: 25 years after independence. – Institute for Development Studies (Sabah) 451p.

[11] Stephens, B. (1976): Briefing on Activities of Sabah Foundation & Its Group. – Kota Kinabalu: Yayasan Sabah 16p.

Downloads

Published

2025-10-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

PERANAN DASAR PENDIDIKAN YAYASAN SABAH DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SABAH, 1966-1991: THE ROLE OF YAYASAN SABAH’S EDUCATIONAL POLICY IN HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT IN SABAH, 1966-1991. (2025). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(5), 348-363. https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i5.815