TAHAP MOTIVASI PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP BAHASA MELAYU: KAJIAN KES UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

THE MOTIVATION LEVEL OF INTERNATIONAL STUDENTS TOWARDS MALAY LANGUAGE: A CASE STUDY AT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Authors

  • CHE HASNIAH YA'ACOB Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.
  • NASROL HADI AHMAD SHUKERI Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.
  • MOHD AMMYRUL ASHRAF SAIRAN Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i4.798

Keywords:

sikap, motivasi, bahasa Melayu, pelajar antarabangsa

Abstract

Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institusi Pengajian Tinggi 2023 hingga 2030 meneruskan polisi dasar sebelumnya yang mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa mengambil kursus bahasa Melayu sebagai salah satu kursus wajib dalam program mereka. Secara umumnya, prestasi pelajar antarabangsa dalam kursus bahasa Melayu di Universiti Utara Malaysia pada era globalisasi dan teknologi maklumat ini belum sampai kepada tahap yang boleh dibanggakan. Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap motivasi yang menyumbang kepada penguasaan pelajar dalam kursus bahasa Melayu. Kaedah penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah soal selidik melalui pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar melalui Google Form. Kaedah ini adalah lebih sesuai dan efisien kerana data yang diperolehi adalah mudah untuk dianalisis dan ditadbir oleh penyelidik. Seramai 27 orang pelajar antarabangsa telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Dapatan analisis kajian secara keseluruhannya menunjukkan dua motivasi yang menyumbang kepada penguasaan bahasa Melayu iaitu motivasi instrumental dan integratif. Kajian ini mendapati bahawa motivasi instrumental adalah lebih dominan, tetapi motivasi integratif juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan minat pelajar. Kesimpulannya, kajian ini juga membuka ruang untuk penyelidikan lanjut dalam bidang pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa. Melalui pendekatan yang berterusan dan penambahbaikan berasaskan bukti, pendidikan bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa dapat terus diperkukuhkan.

References

[1] Abidin, S.H.Z. (2024): Pembelajaran bahasa Melayu tidaklah sukar. – Dewan Bahasa dan Pustaka 6p.

[2] Ardi, N. (2005): Sikap terhadap bahasa Melayu dan penggunaannya di kalangan pelajar universiti di Selatan Thailand. – Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya 447p.

[3] Bakar, S.S.A., Subramaniam, S. (2016): Pengaruh motivasi intrumental dan integratif dalam pemilihan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing. – Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(2): 54-61.

[4] Bidin, S.H., Abdullah, H.J., Zan, N.S., Kadir, Z.A., Abdullah, R.A. (2019): Faktor sikap, motivasi dan jantina mempengaruhi penguasaan pembelajaran bahasa Jepun tahap 1 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. – Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 1(1): 105-115.

[5] Gardner, R.C. (1985): Social psychology and second language learning: The role of attitudes and motivation. – London: Edward Arnold 208p.

[6] Gardner, R.C., Lambert, W.E. (1972): Attitudes and motivation in second-language learning. – Newbury House Publishers 313p.

[7] Husin, K.H. (1999): Pengajaran lisan: Kemahiran mendengar dan bertutur. – Kumpulan Budiman 338p.

[8] Jamil, N., Rahim, N.A.A., Abdullah, S. (2020): Penguasaan kosa kata dalam komunikasi bahasa asing. – Journal of Human Development and Communication (JoHDeC) 9: 99-108.

[9] Ma’alip, H., Zakaria, K., Roza, C.H.C., Zulkipli, N.A. (2021): Motivasi dan Halangan Bagi Pelajar Asing Menguasai Bahasa Melayu Melalui Pembelajaran Secara dalam Talian di Universiti Teknologi Malaysia: Motivation and Obstacles for Foreign Students to Master the Malay Language through Online Learning at Universiti Teknologi Malaysia. – LSP International Journal 8(2): 41-54.

[10] Nasir, Z.M., Hamzah, Z.A.Z. (2014): Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. – gProcedia-Social and Behavioral Sciences 134: 408-415.

Downloads

Published

2025-08-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

TAHAP MOTIVASI PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP BAHASA MELAYU: KAJIAN KES UNIVERSITI UTARA MALAYSIA: THE MOTIVATION LEVEL OF INTERNATIONAL STUDENTS TOWARDS MALAY LANGUAGE: A CASE STUDY AT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. (2025). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(4), 460-467. https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i4.798