PRAGMATIK AJARAN SESAT DALAM TELEFILEM JAHIL (JALAN SINGKAT KE SYURGA): REPRESENTASI PRAANDAIAN

PRAGMATICS OF DEVIANT TEACHING IN THE TELEFILM JAHIL (JALAN SINGKAT KE SYURGA): PRESUPPOSITION REPRESENTATION

Authors

  • SYAZWAN NAIM IBRAHIM Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • ABDUL AZIM MOHAMAD ISA Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i4.780

Keywords:

pragmatik, praandaian, ajaran sesat, akidah, telefilem

Abstract

Ajaran sesat merupakan fenomena yang membimbangkan dalam masyarakat Islam kerana membentuk ufuk pemikiran yang salah, menggugat akidah, dan mencetuskan kekeliruan dalam beragama. Kajian ini meneliti bagaimana bahasa digunakan sebagai alat penyebaran ideologi ajaran sesat dalam telefilem Jahil (Jalan Singkat ke Syurga) melalui pendekatan pragmatik, khususnya konsep praandaian seperti yang dikemukakan oleh Yule. Data kajian diperoleh melalui penontonan penuh telefilem, penyalinan transkripsi, dan pemilihan petikan penting berdasarkan lima elemen binaan plot: Eksposisi, Perkembangan, Perumitan, Klimaks, dan Peleraian. Kaedah analisis kandungan kualitatif digunakan untuk mengenal pasti jenis-jenis praandaian dan fungsi linguistik yang tersirat dalam membina persepsi dan kepercayaan kepada watak pemimpin ajaran sesat itu. Dapatan menunjukkan bahawa praandaian digunakan secara sistematik oleh watak-watak tertentu untuk mewajarkan kedudukan, kuasa, dan dakwaan spiritual mereka, dengan praandaian struktural dikenal pasti sebagai yang paling dominan dalam strategi penyampaian ideologi. Hal ini memperlihatkan bahawa bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga wahana ideologi yang strategik dalam memanipulasi pemikiran dan emosi khalayak. Kajian ini diharap dapat memperluas aplikasi pendekatan pragmatik dalam menganalisis wacana agama serta membuka ruang kepada penyelidikan lanjut dalam bidang bahasa dan media Islam.

References

[1] Abidin, M.M.Z., Rasit, R.M. (2018): Analisis mesej dakwah dalam Filem Munafik (2016). – Fikiran Masyarakat 6(1): 23-29.

[2] Buang, A.H. (2011): Fatwa ajaran sesat dari sudut undang-undang dan cabaran pembanterasannya di Malaysia. – Journal of Fatwa Management and Research 2(1): 27-47.

[3] Che Nordin, M.K.N. (2023): Symbiotic relationship between deviant religious teachings and conspiracy theories: characteristics, adaptability, and impact on the Muslim community. – Online Journal of Research in Islamic Studies 10(2): 89-110.

[4] Creswell, J.W., Guetterman, T.C. (2021): Educational research: planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. – Pearson 7: 645p.

[5] Engku Alwi, E.A.Z. (2007): Kajian ajaran sesat dalam pengajian Islam: satu sorotan. – Jurnal Usuluddin 26: 1-22.

[6] Idris, A., Yusof, S., Sintang, S., Ramli, I. (2020): Dasar kerajaan Negeri Sabah menangani perkembangan ajaran sesat dalam Islam. – International Journal of Islamic and Civilizational Studies 7(1): 49-67.

[7] Imang, U. (2015): Sifat dan motivasi penontonon filem dalam kalangan penonton filem di Malaysia. – Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas 18p.

[8] Joni, N., Osman, A.S., Wahid, N.B.F.A., Ishak, N.I.I. (2024): Unsur akidah dalam Filem Mentega Terbang karya Khairi Anwar. – Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies 33(4): 112-120.

[9] Kadir, A.A., Nawawi, M.A.A.M. (2024): Sorotan literatur berkaitan analisis Teori Takmilah dalam Filem Imam. – In N.A.M. Omar, M.S. Nasir, N. Osman, Z. Jusoh, M.F.A. Hamid, N.F.U. Mohamed (eds.) International Conference on Languages and Communication (ICLC), Universiti Sultan Zainal Abidin 7p.

[10] Khairuddin, W.H. (2022): Kerangka kajian ajaran sesat menurut Ahli Sunah Waljamaah. – Journal of Ifta and Islamic Heritage 1(1): 120-149.

[11] Kharithah, I.N.M., Zainol, N.Z.N. (2024): Ajaran Sesat Si Hulk: ancaman kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. – Journal of Quranic Sciences and Research 5(2): 27-37.

[12] Mas’od, M.A. (2013): Diskusi isu aqidah dan pemikiran semasa di Malaysia. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 171p.

[13] Md Yusoff, Y., Tengku Kasim, T.S.A., Baharuddin, M. (2018): Religious deviance and spiritual abuse issues: a critical review. – Jurnal Al-Tamaddun 13(2): 81-88.

[14] Nordin, M.Z.F. (2018): The language of deviant teaching in Malaysia. – Journal of Advances in Linguistics 9(1): 1409-1413.

[15] Nordin, M.Z.F. (2016a): Forensic linguistics and the detecting of deviant teaching in Malaysia. – The European Proceedings of Social and Behavioural Sciences, Langkawi Island 5p.

[16] Nordin, M.Z. (2016b): Truth and deviation in religious language in Malaysia. –Australian Journal of Basic and Applied Sciences 10(10): 164-169.

[17] Opir, H. (2018): Filem berunsur dakwah di Malaysia: kajian dari aspek pematuhan syariah. – Universiti Malaya 372p.

[18] Opir, H., Yusof, M., Sahri, M., Abdullah, W. Y. (2021): Analisa kepatuhan syariah dalam aspek akidah: kajian khusus Filem Munafik 1. – Journal of Fatwa Management and Research 26(2): 131-143.

[19] Rasit, R.M., Misrom, A. (2016): Analisis elemen patuh syariah dalam Filem Nur Kasih The Movie (2011) berdasarkan Teori Filem Ar-Risalah. – Jurnal Komunikasi 32(1): 580-602.

[20] Reyes, A. (2011): Strategies of legitimization in political discourse: from words to actions. – Discourse & Society 22(6): 781-807.

[21] Salleh, N.A.A.M., Yusof, M. (2020): Praandaian dalam ucapan perbahasan parlimen mahasiswa sesi pertama di Malaysia. – Jurnal Melayu 19(2): 270-286.

[22] Van Dijk, T.A. (2006): Discourse and manipulation. – Discourse & Society 17(3): 359-383.

[23] Yule, G. (1996): Pragmatics. – Oxford University Press 138p.

[24] Zurita, N.A.A.M., Alwi, E.A.Z.E. (2022): Penyelewengan akidah dalam ajaran sesat di Malaysia: satu analisis. – Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 23(2): 197-206.

Downloads

Published

2025-08-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

PRAGMATIK AJARAN SESAT DALAM TELEFILEM JAHIL (JALAN SINGKAT KE SYURGA): REPRESENTASI PRAANDAIAN: PRAGMATICS OF DEVIANT TEACHING IN THE TELEFILM JAHIL (JALAN SINGKAT KE SYURGA): PRESUPPOSITION REPRESENTATION. (2025). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(4), 493-510. https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i4.780