RETORIK DALAM UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10
RHETORIC IN THE SPEECH OF THE 10TH PRIME MINISTER OF MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i4.766Keywords:
jenis retorik, ucapan, Perdana Menteri Malaysia, majlis amanat perdana perkhidmatan awam, teori retorik modenAbstract
Pemakaian bahasa yang menarik dan indah dapat memujuk atau mempengaruhi khalayak terhadap perkara yang hendak diutarakan. Hal ini mempunyai hubungan yang rapat dengan bidang retorik kerana merangkumi cara penyampaian yang berkesan dan penggunaan bahasa yang estetik. Retorik juga melibatkan penggunaan bahasa yang memfokuskan aspek keterampilan, kesantunan dan bahasa yang berkesan dalam komunikasi secara lisan atau tulisan. Pemakaian retorik yang tepat dapat memudahkan pembaca memahami idea yang ingin disampaikan sekali gus dapat menghasilkan sebuah penulisan atau ucapan yang menarik serta berkualiti. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis retorik dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-10. Data kajian diperoleh daripada teks ucapan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 Tahun 2024. Penganalisisan data dilakukan terhadap teks ucapan tersebut berlandaskan Teori Retorik Moden yang mengemukakan lima jenis retorik iaitu retorik penceritaan, retorik pemerian, retorik pendedahan, retorik penghujahan dan retorik pemujukan. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks bagi memperoleh data-data yang sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat daripada lima jenis retorik yang digunakan dalam teks ucapan ini iaitu retorik pendedahan, retorik penghujahan, retorik pemujukan dan retorik penceritaan. Melalui penggunaan retorik dalam teks ini, ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-10 kelihatan lebih berkaliber dengan bahasanya yang sopan dan mudah difahami serta dapat menarik minat pembaca. Selain itu, kebijaksanaan dan kritis dalam memilih diksi yang tepat dapat menghasilkan ucapan yang sangat berkesan dan mampu mempengaruhi khalayak. Jelaslah bahawa pengaplikasian retorik sangat efisien dalam penghasilan teks ucapan yang menarik dan berkualiti.
References
[1] Bakar, M.M.A., Hamzah, Z.A.Z. (2016): Retorik Sosioekonomi Masyarakat Dalam Laporan Media Cetak. – Jurnal Linguistik 20(1): 010-025.
[2] Enos. T., Brown, S.C. (1993): Defining the New Rhetorics. – Newbury Park, California: Sage Publishing 17p.
[3] Hamed, M.N.S., Yaapar, M.S. (2015): Adaptasi Teks Hikayat Merong Mahawangsa Kepada Filem: Analisis Perbandingan Unsur Naratif. – Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 8(2): 201-223.
[4] Hamid, M.F.A., Jabar, M.A.A., Rodi, R.C., Halim, A.A. (2022): Strategi Retorik dalam Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk Membendung Wabak Covid-19 di Malaysia. – Jurnal Linguistik 26(2): 038-051.
[5] Haroon, H. (2015): Penterjemahan Gaya Bahasa daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dalam Baris Kepala Iklan. – Jurnal Komunikasi 31(1): 1-26.
[6] Ibrahim, N.H., Yusoff, M.F.M., Ali, R.M. (2018): Leftenan Adnan: Manifestasi Penggunaan Retorik dalam Filem. – Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issue 2(1): 578-585.
[7] Imran, H.A., Hashim, N. (2022): Retorik Naratif dalam Teks Ucapan Perdana Menteri Semasa Era Pandemik. – Seminar Bahteradaya 2022: Naradata Bahasa, Sastera dan Budaya II Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya 1(1): 209-213.
[8] Jasmi, K.A. (2012): Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif. – In Kertas Kerja Kursus Penyelidikan Kuakitatif Siri 1 15p.
[9] Kamaruddin, R., Rosli, M.N.A., Salleh, M.M., Seruji, Z., Sha’ri, S.N., Veeraputhran, V., Mani, M. (2020): Narrative Rhetorical in Hikayat Merong Mahawangsa. – Palarch’s Journal of Archaeology of Egypt/Egyptology 17(9) 3153-3180.
[10] Mat Dehan, A. (2016): Retorik dalam Novel A. Samad Said. – Universiti Putra Malaysia 86p.
[11] Mat Dehan, A., Yaakob, N.A., Nik Azis, N.F.A. (2017): Penerapan Retorik Gaya Skema dalam Pengkaryaan Novel Salina. – Journal of Business and Social Development 5(1): 60-78.
[12] Razak, N.A., Salleh, C.I., Musa, H. (2016): Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik. – Jurnal Pertanika MAHAWANGSA 3(1): 79-93.
[13] Rosli, M.N.A., Kamaruddin, R., Rodi, R.C., Veeraputhran, V., Sha’ri, S.N. (2020): Persuasive Rhetorical in Hikayat Merong Mahawangsa. – PalArch’s Journal of Archaeology of Egypt / Egyptology 17(9): 878 - 890.
[14] Salleh, S.N.A., Rosly, N.S., Bolhassan, N., Dehan, A.M. (2016): Keanekaragaman Ciri Laras Bahasa Kreatif (Sastera) dalam Penulisan Novel Hujan Pagi. – Jurnal Ilmi 6(1): 11-28.
[15] Sulistiyani, D., Mukaromah, M. (2018): Gaya Retorika Kepala Negara Ri: Analisis Komparatif Susilo Bambang Yudhoyono (Sby) Dan Joko Widodo. – Jurnal Audience 1(1): 31-44.
[16] Yaakob, N.A., Hamzah, Z.A.Z., Zain, N.M., Abdullah, S.N.S. (2018): Penerapan Retorik dalam Penyampaian Ceramah Agama. – Jurnal Linguistik 22(22): 054-067.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 MUHAMMAD NUR AKMAL ROSLI, NURUL AFIFAH ADILA MOHD SALLEH, AKTIF MUQRI MOHD RAZALI

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.