TRANSFORMASI LANDSKAP BANDAR SANDAKAN (2000-2023): ANALISIS GUNA TANAH BERASASKAN GEOINFORMATIK PENDERIAAN JAUH
URBAN LANDSCAPE TRANSFORMATION OF SANDAKAN (2000-2023): LAND USE ANALYSIS BASED ON REMOTE SENSING GEOINFORMATICS
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i4.745Keywords:
bandar Sandakan, GIS, Landsat, faktor perubahan, penderiaan jauh, guna tanahAbstract
Perubahan dalam penggunaan tanah adalah salah satu isu yang kerap berlaku di seluruh negara, termasuk di Malaysia di mana salah satu perubahan yang berlaku hutan diganti dengan kawasan pembandaran dan juga perindustrian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis perubahan guna tanah di bandar Sandakan, Sabah bagi tahun 2000 hingga tahun 2023. Penderiaan jauh dijadikan sebagai pendekatan utama dalam meneliti perubahan guna tanah yang berlaku. Data imej Landsat 7 ETM dan Landsat 8-9 TIRS telah digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Pemprosesan imej klasifikasi secara diselia telah digunakan dalam kajian ini berdasarkan imej Landsat yang telah dipilih. Litupan tanah di bandar Sandakan dibahagi kepada empat kelas yang meliputi hutan, bangunan, jalan raya dan juga sungai (badan air). Proses penilaian ketepatan juga telah dilakukan dengan menggunakan matrik kekeliruan (Confussion matrix) untuk memperoleh nilai Koeffisien Kappa yang bertujuan untuk menguji ketepatan data yang telah diklasifikasi. Berdasarkan hasil analisis TNTmips telah menunjukkan perubahan yang signifikan bagi setiap jenis kelas guna tanah. Guna tanah paling dominan merupakan kawasan hutan dari tahun 2000 sehingga 2023 manakala guna tanah sungai mengalami perubahan yang paling rendah. Perubahan guna tanah yang berlaku ini adalah disebabkan beberapa faktor iaitu pekembangan ekonomi, perubahan persepsi penduduk, faktor politik, tahap pendidikan yang tinggi, perubahan fungsi bandar, perluasan pembangunan di kawasan dan perkembangan kawasan perindustrian. Kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan teknologi penderiaan jauh dan aplikasi GIS dapat memudahkan proses mengenal pasti perubahan dalam penggunaan tanah di kawasan tertentu.
References
[1] Borhan, M.R., Choy, L.K. (2018): Analisis Perubahan Guna Tanah di Daerah Batu Pahat, Johor Menggunakan Kaedah Penderiaan Jauh dan GIS. – Jurnal Wacana Sarjana 2(1): 1-8.
[2] Bryman, A. (2016): Social research methods. – Oxford University Press 747p.
[3] Er, A.C., Siti Shahidah, S., A. Habibah, J. Hamzah. (2013): Impak pembangunan industri petroleum terhadap kesejahteraan hidup penduduk setempat di Paka, Terengganu. – Akademika 83(1): 57-64.
[4] Hassan, N.A., Saleh, Y., Hashim, M., Ngah, M.S.Y.C., Nayan, N., Mahat, H. (2015): Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim: Small Town Competitiveness: A Study for the Aspect of Population Perception in the Tanjong Malim Districts Council. – Geografi 3(2): 45-61.
[5] Hua, A.K. (2015): Sistem Informasi Geografi (GIS): pengenalan kepada perspektif komputer. – Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 11(1): 24-31.
[6] Jamru, L.R., Hashim, M., Phua, M.H., Jafar, A., Sakke, N., Eboy, O.V., Imang, U., Natar, M., Ahmad, A., Najib, S.A.M. (2024a): Exploring intensity metrics in raw LiDAR data processing for tropical forests. – In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, IOP Publishing 1412(1): 14p.
[7] Jamru, L.R., Jafar, A., Nadzri, M.I., Yusoh, M.P., Cleophas, F. (2024b): Assessing Satellite Rainfall Accuracy in Dense Tropical Sabah East Coast Forest, Malaysia: a Cross-Validation of Downscaling Technique. – Planning Malaysia 22(4): 528-543.
[8] Jamru, L.R., Rahaman, Z.A. (2018): Combination of spatial logistic regression and geographical information systems in modelling wetland changes in Setiu basin, Terengganu. – In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, IOP Publishing 169(1): 9p.
[9] Jamru, L.R., Sharil, M.N., Jafar, A., Eboy, O.V., Atang, C., Talib, M.A. (2023a): The effectiveness of remote sensing techniques for land use classification in Kota Belud, Sabah. – Asian Journal of Research in Education and Social Sciences 5(2): 90-97.
[10] Jamru, L.R., Sharil, M.N., Yusoh, M.P. (2023b): Assessing the evolution of paddy cultivation in kota belud, sabah using gis and remote sensing techniques. – Planning Malaysia 21(1): 204-216.
[11] Mohamad, S.A., Aiyub, K., Awang, A. (2016): Transformasi luar bandar dan perubahan kehidupan masyarakat: Kajian kes di Kelantan dan Negeri Sembilan. – Geografi 4(2): 83-91.
[12] Saleh, Y., Che Ngah, M.S.Y., Hashim, M., Nayan, N., Ismail, K. (2014): Impak Globalisasi Terhadap Perubahan Fungsi Bandar Kecil: Beberapa Penemuan di Batang Kali dan Bukit Beruntung, Selangor. – Geografi 2(2): 28-38.
[13] Saleh, Y., Rostam, K., Hussain, M.Y. (2012): Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: Petunjuk positif dari Tanjong Malim, Malaysia. – Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 8(2): 98-111.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 BENNECIA BUAYA, NUR AFIQAH ADANAN, NURSYAHFAERRAH RAMLI, PABEL MANGGAH ANAK GITAM, LINDAH ROZIANI JAMRU

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.