SEJARAH DASAR LUAR MALAYSIA-EROPAH TIMUR 1957-1977 DALAM KONTEKS HUBUNGAN EKONOMI

HISTORY OF MALAYSIA’S FOREIGN POLICY TOWARDS EASTERN EUROPE 1957-1977 IN THE CONTEXT OF ECONOMIC RELATIONS

Authors

  • MOHAMAD AKMAL IBRAHIM Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • MOHD AMMYRUL ASHRAF SAIRAN Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i3.655

Keywords:

Eropah Timur, ekonomi, perdagangan, dasar luar Malaysia

Abstract

Kajian ini meneliti perkembangan hubungan ekonomi Malaysia dengan negara-negara Eropah Timur dari tahun 1957 hingga 1977. Fokus kajian adalah pada dua fasa utama: era Tunku Abdul Rahman (1957-1970) dan era Tun Abdul Razak (1970-1977) sebagai Perdana Menteri Malaysia, untuk menganalisis hubungan ekonomi dengan negara-negara Eropah Timur. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan ekonomi dari aspek perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara Eropah Timur. Kajian ini merupakan kajian sejarah yang berdasarkan dokumen dan data statistik mengenai hubungan ekonomi Malaysia dengan negara-negara Eropah Timur. Kajian ini menarik kerana pada awal kemerdekaan, hubungan perdagangan dan pelaburan ekonomi Malaysia lebih tertumpu kepada negara-negara maju di Eropah Barat berbanding Eropah Timur. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, menjalankan dasar luar yang pro-Barat dan anti-komunis, yang turut mempengaruhi hubungan ekonomi dengan negara-negara Eropah Timur kerana perbezaan ideologi komunis dan sosialis. Ini mengurangkan perhatian terhadap hubungan politik dan diplomatik antara negara-negara Eropah Timur berbanding negara-negara Eropah Barat yang menjalankan pelbagai kerjasama politik dan ekonomi. Walaupun begitu, hubungan perdagangan tetap dijalankan dengan negara-negara Eropah Timur seperti USSR, Poland, Yugoslavia, dan Czechoslovakia pada era awal kemerdekaan. Namun, apabila Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau mengubah dasar luar kepada dasar yang pragmatik, neutral, dan berkecuali terhadap konflik kuasa-kuasa besar, serta menjalankan kerjasama dengan semua negara. Ini membuka ruang dan peluang yang lebih besar dalam kerjasama ekonomi dengan negara-negara Eropah Timur, bukan sahaja dalam sektor perdagangan tetapi juga dalam bidang pelaburan ekonomi.

References

[1] Drabble, J. (2000): An economic history of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. – Springer 320p.

[2] Dodd, J.W. (1969): The Colonial Economy, 1967: The Case of Malaysia. – Asian Survey 9(6): 438-446.

[3] Frankel, J. (1963): The making of foreign policy: An analysis of decision-making. – London, UK: Oxford University Press 231p.

[4] Ibrahim, M.A. (2022): Malaysia's Trade and Economy Transition between the Era of Tunku Abdul Rahman and Tun Mahathir, 1960s-1990s. – SEJARAH: Journal of the Department of History 31(1): 25-40.

[5] Lenche, C.O., Samad, A.A. (1963): Concept of International Politics. – London: Princeton Hall Inc. Englewood Chiffs 314p.

[6] Mas'oed, M. (1994): Ilmu hubungan international: disiplin dan metodologi. – Penerbit PT Pustaka LP3ES 380p.

[7] Nathan, K.S. (1987): Malaysia and the Soviet Union: A relationship with a distance. – Asian Survey 27(10): 1059-1073.

[8] Omar, R. (2014): An analysis of the underlying factors that affected Malaysia-Singapore relations during the Mahathir era: Discords and continuity. – University of Adelaide 372p.

[9] Saravanamuttu, J. (2010): Malaysia's foreign policy: the first fifty years: alignment, neutralism, Islamism. – Institute of Southeast Asian 389p.

[10] White, B. (1989): Analysing foreign policy: Problems and approaches. – Understanding Foreign Policy 26p.

Downloads

Published

2025-06-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

SEJARAH DASAR LUAR MALAYSIA-EROPAH TIMUR 1957-1977 DALAM KONTEKS HUBUNGAN EKONOMI: HISTORY OF MALAYSIA’S FOREIGN POLICY TOWARDS EASTERN EUROPE 1957-1977 IN THE CONTEXT OF ECONOMIC RELATIONS. (2025). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(3), 96-113. https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i3.655