PERSEPSI MAHASISWA UMS TERHADAP IMPAK COVID-19 DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK INTERPRETASI KRIGING DALAM KAMPUS UMS
UMS STUDENTS PERCEPTION TOWARDS THE COVID-19 IMPACT BASED KRIGING INTERPRETATION TECHNIQUE IN UMS CAMPUS
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i1.352Keywords:
COVID-19, GIS, Kriging, kuantitatif, mahasiswa UMSAbstract
Wabak COVID-19 telah membawa kesan negatif kepada dunia dalam pelbagai sektor termasuklah ekonomi, politik, kesihatan dan kehidupan sosial antara manusia. Selain itu, Pendidikan juga terkesan akibat daripada penularan wabak ini. Oleh itu, kajian penyelidikan ini dijalankan dengan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor penularan COVID-19 dalam kalangan mahasiswa UMS dengan menggunakan aplikasi ‘Geography Information System’ (GIS). Metod yang digunakan adalah kuantitatif dalam mengumpul data-data primer, dengan menggunakan kaedah soal selidik yang maklumatnya dikumpul daripada responden, iaitu mahasiswa UMS. Soal selidik dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian A: Demografi, dan bahagian B: Faktor penularan wabak COVID-19 dalam kalangan mahasiswa UMS; serta menggunakan Skala Likert yang disetkan dalam soal selidik. Analisis dalam kajian ini adalah deskriptif dan Kriging. Dapatan kajian menunjukkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam adalah sangat penting demi menjaga kesihatan dan mengelakkan peularan COVID-19 terus merebak. Selain itu, mengambil vaksi, jaga Kesihatan, dan kurang berkongsi barangan peribadi (seperti laptop) banyak membantu dalam memutuskan penularan wabak berjangkit ini. Di samping itu, responden juga amat setuju bahawa kurang melepak dan kurang menhadiri kelas secara fizikal boleh menggalakkan keberkesanan pengurangan penyakit berjangkit ini terus tersebar dalam kalangan mahasiswa UMS. Kesimpulannya, COVID-19 telah menyebabkan mahasiswa terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menuntut ilmu ketika berada di dalam kampus UMS. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pelajar yang enggan memakai pelitup muka akan menyebabkan virus ini terus menular dalam kalangan mahasiswa di UMS. Virus ini telah menyebabkan tahap kesejahteraan dan kesihatan fizikal para pelajar merosot dan terjejas (jika pelajar tersebt dijangkiti). Namun, majoriti mahasiswa masih mengamalkan beberapa langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri dan sekeliling bagi mengurangkan penularan wabak ini terus tersebar.
References
Chear, S.L.S., Mohd, M.I., Hamzah, S.H. (2018): Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik: The importance of physical activity in building personality and improve academic performance. – Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 7(1): 21-33.
Chong, S.T., Sidi, H., Mohamad, M.S. (2021): Aplikasi Teknik Ketara Sedar Bagi Pemerkasaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik Covid-19. – e-BANGI 18(6): 17-27.
Fauzi, R. (2015): Isu, cabaran dan prospek aplikasi dan perlaksanaan Sistem Maklumat Geografi di Malaysia: Satu pengamatan. – Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space 11(2): 118-127.
Kaslim, N., Ashaari, M.F. (2022): Stres pembelajaran dalam talian ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam kalangan mahasiswa. – Al-Hikmah 14(2): 3-23.
Mokhtar, S., Thia, K., Othman, I.W., Moharam, M.M.H. (2021): Prospek Pengajaran dan Pembelajaran Online Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik Covid-19 di Sandakan, Sabah: Cabaran dan Signifikan. – In Prosiding 5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 3p.
Nor, N.M.M., Kaspin, K.G., Jamal, M.B., Marzuki, M. (2022): Isu stress impak pandemuk COVID-19 di kalangan pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian: Satu tinjauan awal. – International Journal of Education, Psychiological and Counselling 7(45): 83-95.
Nugraha, A.R., Windayana, H., Jaelani, W.R., Vichaully, Y. (2021): Revitalisasi Perpustakaan dalam Menunjang Prestasi Akademik Siswa Sekolah Dasar. – Aulad: Journal on Early Childhood 4(3): 337-342.
Salleh, N.M., Said, M.H.M. (2022): Pelaksanaan Undang-undang Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Pematuhan Tatacara Pengendalian Piawai Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7(11): e001983-e001983.
Sarasnita, N., Raharjo, U.D., Rosyad, Y.S. (2021): Dampak pandemi covid-19 terhadap pelayanan kesehatan rumah sakit di Indonesia. – Jurnal Kesehatan 1(1): 307-315.
Yulita, I.N., Rizka, Y. (2021): Pemberdayaan Guru melalui Pelatihan Media Pembelajaran Jarak Jauh Di Masa Pandemi. – Kumawula: Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat 4(3): 494-499.
Yunus, A.A.M., Yunus, A.A.M., Ibrahim, M.S., Ismail, S. (2021): Analisis Kes Aktif Covid-19 Di Malaysia Menggunakan Permodelan Matematik SIR; Kajian Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1. – Ulum Islamiyyah 33(S4): 217-227.
Zin, S.A.M., Ismail, R.N.H.R., Rozali, W.N.A.W., Isa, N.K.M. (2021): COVID-19: Impak pandemik terhadap konflik emosi dan pendidikan di Malaysia–Satu kajian literatur. – Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management 6(5): 1-14.