PENENTUAN FAKTOR LOKASI YANG MEMPENGARUHI NILAI SEWA HARTA KOMERSIAL BANDAR SANDAKAN MENGGUNAKAN GIS

DETERMINE LOCATION FACTORS AFFECTING THE SANDAKAN CITY COMMERCIAL PROPERTY'S RENTAL VALUE USING GIS

Authors

  • CARLFEE YUNUS Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • NORHAMIDAH HAMZAH Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • OLIVER VALENTINE EBOY Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • NURUL AIN ROSMADI Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • NORAHSAFIKAH KASRAH Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i1.333

Keywords:

nilai sewa, harta tanah, faktor lokasi, Ordinary Least Square (OLS), rumah kedai

Abstract

Bandar Sandakan merupakan bandar terawal dan tertua di Sabah yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman British dan masih mengalami pembangunan bandar yang semakin meningkat. Pembangunan bandar dari segi guna tanah komersial khususnya bagi aktiviti perniagaan bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan rumah kedai. Aktiviti perniagaan ini telah menyumbang kepada pembangunan bandar dan ekonomi di bandar Sandakan. Dalam konteks ini, isu yang dapat dilihat adalah nilai sewa harta tanah komersial secara langsung telah mempengaruhi dan memberi impak yang besar kepada peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan melibatkan kawasan rumah kedai. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi nilai sewa harta tanah komersial di pusat bandar Sandakan, Sabah. Pendekatan yang digunakan untuk kajian ini adalah menggunakan kaedah mix-method. Kajian memperolehi data primer iaitu dengan mengedar borang soal selidik dan menemu bual informan bagi mendapatkan data nilai sewaan di rumah kedai dan kemudian menggunakan perisian Statistical Package for Social Studies (SPSS) untuk menganalisis data yang diperoleh. Kemudian, menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk membantu menganalisis faktor yang mempengaruhi nilai sewa tanah komersial yang mana kaedah Ordinary Least Square (OLS) telah digunakan untuk mencapai objektif kajian. Kaedah yang digunakan dapat membantu untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi nilai sewa rumah kedai di pusat bandar Sandakan, Sabah. Hasil analisis mendapati bahawa kemudahan yang disediakan di kawasan sekitar rumah kedai menjadi faktor utama yang mempengaruhi nilai sewa seperti kemudahan bank, farmasi, hotel, hutan, mekanik, pasar umum, pusat beli belah, pusat pelabuhan, stesen bas dan tempat pembuangan sampah.

References

Alam, M.J. (2018): Rapid Urbanization And Changing Land Value For Housing Development Project In Dhaka, Bangladesh. – Journal of Global South 5(2): 206- 212.

Bakar, K.A. (2011): Aplikasi Geographical Weighted Regression (GWR) dalam Menghasilkan Peta Nilai Untuk Harta Tanah Komersial. Kajian Kes: Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. – Universiti Malaysia Sabah 85p.

Darin-Drabkin, H. (2013): Land Policy and Urban Growth. – Pergamon International Library of Science, Technology, Engineering and Social Studies, Elsevier 16: 444p.

Eboy, O.V., Jurah, A.K. (2021): Modeling the Commercial Property Value Using Ordinary Least Squared (OLS): A Case Study of Putatan, Sabah and Limbang, Sarawak. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(3): 290-296.

Eboy, O.V., Samat, N. (2014): Development of Property Valuation Model for Tax Purposes Using Ordinary Least Square Method. – International Journal of Environment, Society and Space 2(1): 61-71.

Haron, N.I.N. (2020): Faktor Penentu Nilai Harta Tanah Perumahan Teres Satu Tingkat di Bandar Baru Samariang, Kuching, Sarawak. – Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS) 6(1): 204-218.

Ismail, S. (1995): Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Penilaian Harta Tanah Berasaskan Kaedah Perbandingan. – Universiti Teknologi Malaysia 100p.

Jaudin, H., Eboy, O.V. (2021): Hubung Kait Faktor Ketinggian Terhadap Harta Tanah Kediaman di Kota Kinabalu Menggunakan GIS. – Jurnal Kinabalu 27(1): 81-96.

Jayadinata, J.T. (1999): Tata Guna Tanah dalam Perencanaan Pedesaan Perkotaan dan Wilayah. – Bandung: Penerbit ITB 243p.

Millington, A.F. (2001): Pengenalan Penilaian Harta (Edisi Kelima). – Biroteks Institut Teknologi MARA: Selangor 212p.

Musa, U., Yusoff, W.Z.W. (2017): The Influence of Housing Components on Prices of Residential Houses: A Review of Literature. – The Social Sciences 12: 625-632.

Omar, I. (1992): Penilaian Harta Tanah. – Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka 247p.

Ring, A.A., Dasso, J. (1972): Real Estate Principles and Practices. – Englewood Cliff, N.J.: Prentice Hall Inc 524p.

Wyatt, P.J., Ralphs, M. (2003): GIS in Land and Property Management. – Spon Press, Taylor and Francis Group: London 416p.

Downloads

Published

2024-02-26

Issue

Section

Articles

How to Cite

PENENTUAN FAKTOR LOKASI YANG MEMPENGARUHI NILAI SEWA HARTA KOMERSIAL BANDAR SANDAKAN MENGGUNAKAN GIS: DETERMINE LOCATION FACTORS AFFECTING THE SANDAKAN CITY COMMERCIAL PROPERTY’S RENTAL VALUE USING GIS. (2024). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 126-137. https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i1.333