SIAPAKAH MELAYU? ANALISIS NARATIF IDENTITI ORANG MELAYU DI MEDAN, SUMATERA UTARA

WHO IS MALAY? NARRATIVE ANALYSIS OF MALAY PEOPLE IN MEDAN, NORTH SUMATRA

Authors

  • NIK NORMA NIK HASAN Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.
  • TAKUJI ARAI Fakulti Perhubungan Antarabangsa, Universiti Nihon, Shizuoka, Jepun.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i1.330

Keywords:

Melayu, identiti sosial, asal usul, Malaysia, Indonesia

Abstract

Perkataan Melayu seringkali dirujuk kepada kawasan Kepulauan Melayu yang luas merangkumi Kepulauan di Asia Tenggara. Namun, takrifan yang tepat mengenai orang Melayu sering menjadi perdebatan hingga menimbulkan kekeliruan asal usulnya. Kajian ini menghujahkan bahawa identiti orang Melayu boleh dikenalpasti melalui bahasa, budaya dan ekonominya. Artikel ini juga bukan bertujuan membuktikan siapakah Melayu sebenar atau asal usul Melayu. Ia bertujuan untuk ekplorasi naratif orang Melayu di Kota Medan, Sumatera Utara tentang representasi identiti mereka sebagai Melayu. Juga pandangan mereka terhadap orang Melayu di luar kumpulan mereka termasuk Melayu dari Malaysia. Kaedah diskusi kumpulan fokus dengan lapan orang responden dijalankan dengan berpandukan Teori Identiti Sosial untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati orang Melayu di Sumatera Utara mempresentasikan diri mereka sebagai Melayu mengikut daerah tempat tinggal, mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan bahasa dan membuat perbandingan dengan Melayu di Malaysia dari segi adat resam, hubungan Kesultanan Deli, sejarah penjajahan, ekonomi dan penggunaan bahasa Melayu seharian. Dari tema perbandingan ini, tiga yang pertama iaitu adat resam, hubungan kesultanan Deli dan sejarah penjajahan mempunyai persamaan dengan orang Melayu di Malaysia. Manakala, aspek ekonomi dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seharian adalah berbeza. Sungguhpun terdapat persamaan antara Melayu Sumatera Utara dan Melayu di Malaysia, majoriti responden tidak menganggap Melayu di Malaysia sebagai in-group atau boleh disamakan seperti mereka. Dalam masa yang sama responden juga tidak mempunyai stereotaip (out-group) terhadap Melayu di Malaysia. Hal ini agak bertentangan dengan premis Teori Sosial Identiti yang menekankan bahawa kumpulan masyarakat akan memilih sama ada menerima atau menolak kumpulan masyarakat yang lain berdasarkan persamaan atau perbezaan yang mereka miliki. Bagaimanapun, responden kajian ini tidak memilih kedua-duanya.

References

Alfarabi, A., Venus, A., Syafirah, N.A., Salam, N.E. (2019): Media Identitas Melayu Pascareformasi Di Indonesia. – International Journal of Multicultural and Multireligious Understanding 6(7): 21-31.

Barnard, T.P. (Ed.) (2004): Contesting Malayness: Malay identity across boundaries. – NUS Press 332p.

Che Rodi, R. (2022): Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “Ilmu” berdasarkan teori medan makna. – RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya 1(1): 157-180.

Din, M.A.O. (2011): Asal usul orang Melayu: menulis semula sejarahnya (The Malay origin: rewrite its history). – Jurnal Melayu 7: 82p.

Hussin, H. (2004): Orang Melayu Kelantan dari sudut budaya dan perspektif sejarah lampau. – Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (JEBAT) 31: 15-38.

Islam, G. (2014): Social dominance theory. – Encyclopedia of Critical Psychology 28(1): 1779-1781.

Kamil, I.M.M., Mohamad, M. (2020): Cabaran pemerkasaan bahasa Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. – Asian People Journal (APJ) 3(2): 181-191.

Reid, A. (2001): Understanding Melayu (Malay) as a source of diverse modern identities. – Journal of Southeast Asian Studies 32(3): 295-313.

Rofil, L.E.F., Syed, M.A.M., Hamzah, A. (2015): Jadi Melayu’: Televisyen dan pembentukan identiti wanita keturunan Jawa di Malaysia. – Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 31(1): 41-58.

Shamsul, A.B. (2001): A history of an identity, an identity of a history: the idea and practice of ‘Malayness’ in Malaysia reconsidered. – Journal of Southeast Asian Studies 32(3): 355-366.

Shamsul, A.B. (1996): “Nations-of-Intent in Malaysia”. – Asian Forms of the Nation, Tønnesson, S. and Antlöv, H. 25p.

Tirtosudarmo, R. (2005): The Orang Melayu and Orang Jawa in the'lands Below the Winds'. – Centre for Research on Inequality, Human Security and Ethnicity 19p.

Zain, S.M. (2003): Penyebaran orang rumpun Melayu pra-Islam dan perkembangan tulisan bahasa Melayu. – Sari 21: 129-149.

Zami, R. (2019): Orang melayu pasti Islam: analisis perkembangan peradaban Melayu. – Jurnal Islamika 2(1): 66-81.

Downloads

Published

2024-02-26

Issue

Section

Articles

How to Cite

SIAPAKAH MELAYU? ANALISIS NARATIF IDENTITI ORANG MELAYU DI MEDAN, SUMATERA UTARA: WHO IS MALAY? NARRATIVE ANALYSIS OF MALAY PEOPLE IN MEDAN, NORTH SUMATRA. (2024). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 82-95. https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i1.330