KEMUNCULAN DAN PERTAPAKAN PENGARUH KESULTANAN SULU DI WILAYAH BORNEO UTARA: SATU ANALISIS SEJARAH
THE EMERGENCE AND ESTABLISHMENT OF THE SULTANATE OF SULU’S INFLUENCE IN NORTH BORNEO: A HISTORICAL ANALYSIS
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i4.1607Keywords:
sejarah maritim, Kesultanan Sulu, Borneo Utara, Jolo, sistem kedatuanAbstract
Kesultanan Sulu merupakan antara kuasa politik dan maritim yang penting dalam sejarah Asia Tenggara, khususnya dalam pembentukan jaringan kuasa di Laut Sulu dan pantai timur Borneo Utara. Walau bagaimanapun, proses kemunculan kesultanan tersebut di Jolo, pertapakan awal pengaruhnya di Borneo Utara serta mekanisme pentadbiran wilayahnya masih memerlukan penelitian yang menghubungkan perkembangan politik pusat dengan dinamika kekuasaan di wilayah pinggiran. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis pembentukan dan perkembangan pengaruh Kesultanan Sulu di Borneo Utara dengan memberikan perhatian kepada hubungan antara legitimasi politik, perluasan pengaruh dan sistem pentadbiran wilayah. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah secara penyelidikan kualitatif melalui penelitian dan analisis kritis terhadap sumber primer dan sekunder. Hasil dapatan kajian utama menunjukkan bahawa kemunculan Kesultanan Sulu merupakan hasil proses transformasi politik dan Islamisasi yang berkembang secara beransur-ansur melalui peranan Karim ul-Makhdum, Raja Baguinda dan kemudiannya Sayyid Abu Bakar atau Sultan Syarif ul-Hashim, yang menginstitusikan pemerintahan kesultanan berteraskan tradisi politik Islam. Kedudukan strategik Jolo dalam jaringan pelayaran antara Borneo, Mindanao, Laut Sulu dan Laut Sulawesi seterusnya memperkukuh kedudukan kesultanan sebagai sebuah kuasa politik dan perdagangan maritim. Kajian juga mendapati bahawa pertapakan pengaruh Sulu di Borneo Utara bukan berlaku melalui penaklukan wilayah secara menyeluruh, sebaliknya berkembang secara berperingkat seiring dengan kemerosotan autoriti Kesultanan Brunei. Dalam konteks ini, tahun 1704 lebih tepat ditafsirkan sebagai titik perubahan yang menandakan permulaan proses pengukuhan pengaruh Sulu di Borneo Utara, meskipun isu penyerahan wilayah tersebut kekal diperdebatkan dalam historiografi.
The Sulu Sultanate constituted an important political and maritime power in the history of Southeast Asia, particularly in shaping networks of authority across the Sulu Sea and the eastern coast of North Borneo. Nevertheless, the emergence of the Sultanate in Jolo, the early establishment of its influence in North Borneo, and the mechanisms through which it administered its peripheral territories require further examination, particularly from a perspective that connects political developments at the centre with the dynamics of authority in the periphery. This study therefore examines the formation and expansion of Sulu influence in North Borneo, with particular emphasis on the relationship between political legitimacy, territorial expansion, and regional administration. Employing a qualitative historical approach, the study critically examines and interprets relevant primary and secondary sources. The findings demonstrate that the emergence of the Sulu Sultanate resulted from a gradual process of political transformation and Islamisation associated with the roles of Karim ul-Makhdum, Raja Baguinda, and subsequently Sayyid Abu Bakar, or Sultan Syarif ul-Hashim, who institutionalised a sultanate system grounded in Islamic political traditions. Jolo’s strategic position within maritime networks connecting Borneo, Mindanao, the Sulu Sea, and the Celebes Sea further consolidated the Sultanate’s position as a significant centre of maritime political and commercial power. The study further argues that the establishment of Sulu influence in North Borneo did not result from comprehensive territorial conquest but developed incrementally alongside the declining authority of the Brunei Sultanate. Within this context, 1704 is more appropriately interpreted as a political turning point marking the beginning of the consolidation of Sulu influence in North Borneo, although the question of territorial cession remains contested in the historiography.
References
[1] Al-Sufri, M.J. (1997): Tarsilah Brunei: Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran. – Pusat Sejarah Brunei, Bandar Seri Begawan 288p.
[2] Ariff, M.R.M. (1995): Dari pemunggutan tripang ke penundaan udang: Satu kajian mengenai sejarah perkembangan perusahaan perikanan di Borneo Utara, 1750-1990. – Universiti Malaya 405p.
[3] Bala, B. (2006): Borneo Utara (Sabah): Kewujudan, tuntutan persempadanan tradisional dan penjajahan kuasa Barat sebelum tahun 1881. – Kertas Kerja Bengkel Kajian Persempadanan di Negeri Sabah, Memorial Tun Hussein Onn, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur 20p.
[4] British North Borneo Herald (BNBH) (1893): British North Borneo Herald. – British North Borneo, Sandakan 16p.
[5] Hunt, J. (1837): Sketch of Borneo or Pulo Kalamantan. – In: Moor, J.H. (ed.): Notices of the Indian Archipelago and Adjacent Countries, Singapore 30p.
[6] Ismail, A. (2009): Sejarah Perkembangan Industri Perikanan dan Industri Hiliran Berasaskan Hasil-Hasil Laut di Negeri Sabah. – Universiti Malaya 300p
[7] Lapian, A.B. (2009): Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut: Sejarah Kawasan Laut Sulawesi Abad XIX. – Komunitas Bambu, Depok 282p.
[8] Majul, C.A. (1988): Islam di Filipina. Translated by Shamsuddin Jaapar. – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 400p.
[9] Raffles, T.S. (1880): The History of Java. – London 500p.
[10] Saleeby, N.M. (1908): The History of Sulu. Bureau of Science, Division of Ethnology Publications, Vol. IV, Part II. – Bureau of Printing, Manila 283p.
[11] Singh, D.S.R. (2003): The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Society. – University of Malaya Press 342p.
[12] Southall, A. (1988): The segmentary state in Africa and Asia. – Comparative Studies in Society and History 30(1): 52-82.
[13] Tuban, R. (1994): A genealogy of the Sulu Sultanate. – Philippine Studies 42(1): 20-38.
[14] Warren, J.F. (1981): The Sulu Zone, 1768–1898: The Dynamics of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of a Southeast Asian Maritime State. – Singapore University Press, Singapore 390p.
[15] Whelan, F.G. (1970): A History of Sabah. – Macmillan and Co. (S) Private Ltd., Singapore 250p.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 MOSLI TARSAT

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.