MANIFESTASI KESEMPURNAAN INSAN DALAM NARATIF LISAN LEMBANGAN SUNGAI PENGKALAN DATU: ANALISIS BERDASARKAN TEORI TAKLIMAH
MANIFESTATION OF HUMAN PERFECTION IN THE ORAL NARRATIVES OF THE PENGKALAN DATU RIVER BASIN: AN ANALYSIS BASED ON THE TAKMILAH THEORY
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i5.1364Keywords:
naratif lisan, teori Takmilah, kesempurnaan insan, sastera tradisionalAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis manifestasi kesempurnaan insan yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Naratif lisan bukan sekadar instrumen hiburan, malah merupakan wadah penyampaian nilai murni dan cerminan jati diri masyarakat setempat. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen kemanusiaan dan kerohanian yang membentuk watak insan kamil dalam cerita rakyat dan legenda tempatan. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah analisis kandungan terhadap teks naratif terpilih. Kerangka teori kajian disandarkan kepada Teori Takmilah yang dipelopori oleh Shafie Abu Bakar, yang menekankan aspek keindahan, kesempurnaan, dan ketuhanan dalam karya sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan sarat dengan Teori Takmilah, terutamanya yang berkaitan dengan sifat Kamal (kesempurnaan) Allah dan hubung kaitnya dengan pembentukan akhlak manusia. Melalui watak dan plot yang dipaparkan, jelas menunjukkan bahawa kesempurnaan insan dalam naratif ini diukur melalui keseimbangan antara aspek intelek, emosi, dan kepatuhan terhadap syariat. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa sastera lisan tradisional merupakan medium dakwah yang efektif dalam mendidik masyarakat ke arah mencapai darjat insan yang sempurna mengikut acuan Islam.
This study aims to analyze the manifestation of human perfection contained in the text Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan (A Collection of Oral Narratives from the Pengkalan Datu River Basin, Kelantan). Oral narratives are not merely instruments of entertainment; they serve as a medium for conveying noble values and reflecting the local community's identity. The primary focus of this study is to identify the human and spiritual elements that shape the character of the insan kamil (perfect human) in local folklore and legends. To achieve these objectives, the study employs a qualitative approach through content analysis of selected narrative texts. The theoretical framework is grounded in the Takmilah Theory pioneered by Shafie Abu Bakar, which emphasizes aspects of beauty, perfection, and divinity in literary works. The findings indicate that the text Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan is rich with the Takmilah Teory, particularly those relating to the Kamal (perfection) of Allah and its connection to the cultivation of human morality. Through the characters and plots presented, it is clearly shown that human perfection in these narratives is measured by the balance between intellectual and emotional aspects, as well as adherence to shari'ah (Islamic law). The implications of this study prove that traditional oral literature is an effective medium for da'wah (proselytizing) in educating society toward achieving the status of a perfect human according to Islamic principles.
References
[1] Abdul Malek, A., Abdul Rahman, M.N., Darus, R., Mansor, M.A. (2019): Pendekatan bercerita berasaskan kurikulum berkepelbagaian budaya untuk pembelajaran literasi awal kanak-kanak. – Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 7(3): 28-34.
[2] Abu Bakar, R. (2018): Hikayat Pelanduk Jenaka: Perkembangan kecerdasan bodily-kinesthetic dan kecerdasan bahasa kanak-kanak dan remaja. – Jurnal Pendidikan Bitara UPSI 11(1): 33-51.
[3] Abu Bakar, S. (1996): Takmilah: Teori, falsafah dan prinsip. – Dewan Sastera 8p.
[4] Ali, A.H., Ismail, K. (2013): Asas pembinaan teori sastera oleh sarjana sastera di Malaysia. – Rumpun Jurnal Persuratan Melayu 1(1): 1-20.
[5] Awang Pawi, A.A. (2021): Hikayat Panglima Nikosa: Transformasi sosial dalam magnum opus Borneo: Teks dan konteks. – Jurnal Antarabangsa Pengajian Kepulauan Melayu (KEPULAUAN) 1(1): 131-156.
[6] Bacotang, J., Mohamed Isa, Z., Che Mustafa, M., Arshad, M., Omar, A. (2016): Aplikasi Model ADDIE dalam pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) untuk awal kanak-kanak. – Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, Edisi Khas 10p.
[7] Che Yaacob, M.F. (2021): Seuntaian naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. – Penerbit Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan 100p.
[8] Che Yaacob, M.F. (2022): Nilai-nilai murni dalam cerita legenda di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. – Kajian Malaysia 40(1): 215-237.
[9] Che Yaacob, M.F., Tuan Adnan, T.S.N.S. (2023): The research on identification of moral values in Malay folklore as a learning and teaching medium among students at University Malaysia Kelantan through the Quizizz application. – International Journal of Multidisciplinary Research and Growth Evaluation 4(5): 971-974.
[10] Daud, M.Z., Subet, M.F. (2021): Naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang mempertalikan politik tempatan: Analisis pragmatik. – Issues in Language Studies 10(1): 110-130.
[11] Erik, N.S.E. (2022): Nilai murni dalam lagu rakyat Melayu Sarawak: Puteri Santubong. – Jurnal Antarabangsa Pengajian Kepulauan Melayu (KEPULAUAN) 2(1): 6p.
[12] Hamzah, A.Z., Che Ya, C.A. (2019): Novel Ibnu Ahmad Al-Kurauwi: Manifestasi hubungan antara manusia dan khalifah di bumi Allah. – Jurnal Wacana Sarjana 3(1): 1-14.
[13] Hassan, F., Mohd. Isa, H. (2014): Mitos dan legenda sebagai produk pelancongan di Malaysia: Kajian kes Lembah Lenggong. – GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 10(5): 168-179.
[14] Karimon, J., Mohd. Radzi, S.B. (2021): Mitos asal-usul kosmologi Murut Paluan dan Kadazandusun: Satu perbandingan. – Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS) 7(1): 16-36.
[15] Kemalok, J., Mohamed, M. (2020): Peranan mitos dalam masyarakat Orang Asli Kampung Peta, Endau, Mersing, Johor. – International Journal of the Malay World and Civilisation 8(1): 75-82.
[16] Sharizal, A.Z., Hamzah, S.N., Md Idris, I.I. (2022): Analisis plot dalam novel Ketika Azazil Berputus Asa (2017): Perspektif Takmilah Shafie Abu Bakar. – Journal of Islamic, Social, Economics and Development 7(49): 180-189.
[17] Tuan Adnan, T.S.N.S., Che Yaacob, M.F. (2023): Akal budi Orang Melayu menerusi cerita-cerita rakyat. – PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature 14(2): 56-70.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 MOHD FIRDAUS CHE YAACOB, AHMAD RIDHWAN CHE HUSIN

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.