KONSTRUKSI KEPIMPINAN BERINTEGRITI MELAYU-ISLAM DALAM NARATIF LISAN LEMBANGAN SUNGAI PENGKALAN DATU: APLIKASI TEORI TAKMILAH
THE CONSTRUCTION OF MALAY-ISLAMIC LEADERSHIP INTEGRITY IN THE ORAL NARRATIVE OF THE PENGKALAN DATU RIVER BASIN: AN APLICATION OF THE TAKMILAH THEORY
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i5.1363Keywords:
konstruksi kepimpinan, integriti, Melayu-Islam, naratif lisan, teori TakmilahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konstruksi kepimpinan berintegriti berpaksikan jati diri Melayu-Islam dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Dalam konteks masyarakat tradisional, naratif lisan berfungsi sebagai naskhah panduan yang memaparkan kriteria pemimpin ideal serta prinsip tadbir urus yang mampan. Fokus utama penelitian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri integriti dan tanggungjawab kepimpinan yang dimanifestasikan melalui watak-watak utama dalam naratif lisan tempatan. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menerapkan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks. Kerangka teori kajian disandarkan kepada Teori Takmilah yang dipelopori oleh Bakar, yang melihat sastera sebagai medium untuk mencapai kesempurnaan (Kamal) yang diredhai Allah SWT. Hasil kajian mendapati bahawa naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu mengkonstruksikan model kepimpinan yang tidak hanya mementingkan aspek kepahlawanan fizikal, malah menekankan aspek integriti moral, keadilan, dan ketakwaan yang selari dengan prinsip Takmilah. Penemuan ini membuktikan bahawa kearifan tempatan dalam sastera lisan amat menekankan keseimbangan antara amanah kepada manusia dan kepatuhan kepada syariat. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa sastera lisan tradisional merupakan sumber rujukan yang relevan dalam membina acuan kepimpinan masa kini yang berintegriti tinggi dan berpaksikan nilai murni Melayu-Islam.
This study aims to analyze the construction of leadership integrity centered on Malay-Islamic identity within the text Seuntaian Naratif Lisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. In the context of traditional society, oral narratives function as a guiding framework that portrays the criteria of an ideal leader and the principles of sustainable governance. The primary focus of this research is to identify the characteristics of integrity and leadership responsibility manifested through the main characters in local folklore and legends. To achieve this objective, the study adopts a qualitative approach using the method of textual content analysis. The theoretical framework is grounded in the Takmilah Theory pioneered by Bakar, which views literature as a medium to achieve perfection (Kamal) pleasing to Allah SWT. The findings reveal that the oral narratives of the Pengkalan Datu River Basin construct a leadership model that emphasizes not only physical heroism but also moral integrity, justice, and piety, aligning with the principles of Takmilah. These findings prove that local wisdom in oral literature strongly emphasizes the balance between trustworthiness toward humanity and adherence to shari'ah. The implications of this study suggest that traditional oral literature serves as a relevant reference in building a contemporary leadership model of high integrity, rooted in noble Malay-Islamic values.
References
[1] Awang Pawi, A.A. (2021): Hikayat Panglima Nikosa: Transformasi sosial dalam Magnum Opus Borneo: Teks dan konteks. – Jurnal Antarabangsa Pengajian Kepulauan Melayu 1(1): 1-13.
[2] Bakar, S.A. (1996): Takmilah: Teori, falsafah dan prinsip. – Dewan Sastera 9p.
[3] Hamzah, A.W. (2022): Globalisasi dan cabaran budaya di Malaysia. – Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Kuala Lumpur 104p.
[4] Hassan, F., Mohd. Isa, H. (2014): Mitos dan legenda sebagai produk pelancongan di Malaysia: Kajian kes Lembah Lenggong. – Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 10(5): 168-179.
[5] Lubis, F.A., Azman, N.F. (2021): Aspek akhlak berdasarkan konsep pembangunan insan dalam Travelog Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah. – Malay Literature 34(2): 281-314.
[6] Mazlan, N.S., Che Yaacob, M.F., Abdillah, N. (2021): Citra masyarakat dalam naratif lisan: Satu pendekatan Teori Pengkaedahan Melayu. – Journal of Business and Social Development 9(2): 93-106.
[7] Mohd Hanipah, N., Daeng Jamal, D.H., Abdillah, N. (2021): Ritual dalam cerita rakyat di Mukim Bebar, Pekan, Pahang, Malaysia. – International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 9(1): 18-29.
[8] Mohd Yusoff, M.Y., Mansor, S., Harun, K., Abd Razak, M.R. (2021): Masyarakat Orang Asli Jakun di Rompin, Pahang: Kajian terhadap pemuliharaan cerita lisan. – Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 17(2): 355-365.
[9] Rahman, M.N.A., Abdul Malek, A., Mansor, M.A. (2021): Pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat untuk kemahiran literasi awal kanak-kanak. – Sains Insani 6(1): 91-98.
[10] Rahman, M.N.A., Md Nor, M., Darus, R., Mohd Noor, A.S., Daud, A., Lintang, R., Muhamad, N.A. (2017): Cerita rakyat Orang Asal Sabah sebagai medium pembelajaran asas literasi: Analisis keperluan. – Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 5(4): 26-30.
[11] Ridhwan, A. (2021): Genius naratif dan genius pemikiran dalam dua karya sastera lisan Melayu. – International Journal of Creative Industries (IJCREI) 3(8): 63-73.
[12] Rusli, H.M. (2018): Adaptasi kesusasteraan rakyat cerita jenaka Melayu dalam karya seni cetakan kontemporari. – Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim 100p.
[13] Supriadi, A. (2014): Memahami puisi “Idul Fitri” dengan Teori Takmilah. – Sirok Bastra 2(1): 35-44.
[14] Usman, H., Azmi, U., Ahmad, Z., Wan Hasbullah, W.M.D. (2014): Mitos harimau dalam tradisi lisan masyarakat Kerinci di Jambi. – Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 25(1): 24-44.
[15] Yaacob, M.F.C. (2021): Seuntaian naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. – Penerbit UMK, Kelantan 100p.
[16] Yaacob, M.F.C., Tuan Adnan, T.S.N.S. (2023): The research on the reading in Malay folklore as a learning and teaching medium among students at the University Malaysia Kelantan through the Kahoot application. – International Journal of Multidisciplinary Research and Growth Evaluation 4(5): 975-978.
[17] Yaacob, M.F.C., Tuan Adnan, T.S.N.S., Raja Hassan, T.R., Hasan, N., Yusuff, N.A., Mohamad, N. (2024): Moral values in Malay folklore: Perspectives of learners. – Synesis 16(2): 90-107.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 MOHD FIRDAUS CHE YAACOB, AHMAD RIDHWAN CHE HUSIN

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.