KEPIMPINAN ISLAM DAN AKAL BUDI MELAYU NARATIF LISAN SUNGAI PENGKALAN DATU: TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

ISLAMIC LEADERSHIP AND MALAY WISDOM IN PENGKALAN DATU RIVER ORAL NARRATIVES: MALAY METHODOLOGICAL APPROACH

Authors

  • MUHAMMAD SAUFI AHMAD Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia.
  • MOHD FIRDAUS CHE YAACOB Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i4.1358

Keywords:

naratif lisan, Melayu, akal budi, kepimpinan Islam, teori pengkaedahan Melayu

Abstract

Naratif lisan merupakan sebahagian karya kesusasteraan Melayu yang menjadi khazanah warisan budaya bagi mencerminkan gaya hidup serta pemikiran masyarakat Melayu. Konsep akal budi memiliki perkaitan dengan cerita rakyat di bawah naratif lisan kerana merupakan satu bentuk pemikiran yang tercetus dengan menggunakan kebijaksanaan melalui pengalaman atau penghayatan seseorang individu. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti dan menganalisis manifestasi kepimpinan Islam dan akal budi yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini hanya membataskan kepada tiga (3) naratif lisan dalam teks pilihan seperti cerita berjudul Terhempasnya Zero Fighter Jepun di Ti Lebar, Asal Usul Kampung Babong dan Asal Usul Datu. Tambahan lagi, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu berdasarkan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini turut menggunakan teori pengkaedahan Melayu dengan memfokuskan pengkaedahan keagamaan. Oleh itu, hasil kajian mendapati bahawa naratif lisan yang dipilih oleh pengkaji menunjukkan manifestasi kepimpinan Islam dan akal budi berkait dengan elemen kemampuan menyelesaikan masalah dan keputusan, berkeyakinan tinggi dan ketinggian motivasi diri. Oleh itu, jelaslah bahawa naratif lisan sememangnya mampu memberikan pendidikan kepada khalayak dengan mengambil kira pendedahan konsep kepimpinan birokrasi untuk kebaikan sejagat.

Oral narratives are part of Malay literary works that are a treasure trove of cultural heritage to reflect the lifestyle and thinking of the Malay community. The concept of common sense is related to folklore under oral narratives because it is a form of thinking that is triggered by using wisdom through an individual's experience or appreciation. Therefore, this study was conducted to identify and analyze the manifestations of Islamic leadership and common sense contained in the text Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. This study is only limited to three (3) oral narratives in selected texts such as the story titled Terhempasnya Zero Fighter Jepun di Ti Lebar, Asal Usul Kampung Babong and Asal Usul Datu. In addition, this study uses a qualitative design based on the method of literature and text analysis. This study also uses the theory of Malay method. Therefore, the results of the study found that the oral narratives chosen by the researcher show manifestations of Islamic leadership and common sense related to the elements of problem-solving and decision-making ability, high confidence and high self-motivation. Therefore, it is clear that oral communication is indeed capable of providing education to the audience by taking into account the exposure of the concept of bureaucratic leadership for the universal good.

References

[1] Che Yaacob, M.F. (2022): Akal budi dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan: Satu penelitian terhadap pengkaedahan alamiah. – Jurnal Melayu 21(1): 129-144.

[2] Che Yaacob, M.F. (2021): Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. – Penerbit UMK, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan 100p.

[3] Che Yaacob, M.F., Abd. Rahim, N. (2014): Cerita rakyat membentuk moral positif kanak-kanak melalui nilai murni. – Journal of Business and Social Development 2(2): 74-85.

[4] Che Yaacob, M.F., Tuan Adnan, T.S.N.S., Raja Hassan, T.R. (2024): Warisan naratif lisan terhadap pembentukan akhlak remaja melalui amalan akal budi. – Rumpun Jurnal Persuratan Melayu 12(1): 30-39.

[5] Ghazali, B.H. (2022): Wasilah teromba dalam kepimpinan Adat Perpatih. – Jurnal Tuah 3(1): 110-120.

[6] Kasdan, J. (2020): Penciptaan istilah dan akal budi Melayu. – International Journal of the Malay World and Civilisation 8(1): 3-16.

[7] Mokhtar, H., Abdullah, M.Y.M., Amat Misra, M.K., Aini, Z., Mahmod, A.H., Shahabudin, M.F.R. (2022): Komponen kepimpinan dimensi Al-Qalb dari perspektif kepimpinan Islam: Satu analisis kajian lepas. – Jurnal Pengajian Islam 15(2): 113-124.

[8] Piah, H.M. (2006): Kesusasteraan Melayu Tradisional. 3rd ed. – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 699p.

[9] Simangunsong, S., Mohd Rosdi, M.S. (2024): Konsep pemerintahan Islam berasaskan konsep pengurusan ekonomi Khalifah Umar Al-Khattab RA. – Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 25(3): 119-132.

[10] Suliman, M.S., Ab. Jabar, N., Sukri, S., Radzuan, A.W., Lim, Y.X. (2022): Pendekatan moral dan aplikasi dalam teks kumpulan drama Zaman Yang Mencabar karya Agi. – International Conference on Malay, Arabic and English Literature (ICMAEL 2022), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA, Kuala Terengganu 10p.

[11] Tuan Adnan, T.S.N.S., Che Yaacob, M.F. (2022): Nilai-nilai kemanusiaan dalam cerita rakyat di Kota Bharu, Kelantan terhadap pembentukan jati diri kanak-kanak: Satu pendekatan moral. – International Conference on Malay, Arabic and English Literature (ICMAEL 2022), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA, Kuala Terengganu 13p.

[12] Tuan Adnan, T.S.N.S., Che Yaacob, M.F. (2023): Akal budi dalam cerita rakyat interprestasi sosiobudaya kanak-kanak dan remaja. – Applied History Journal of Merong Mahawangsa 1: 95-107.

[13] Tuan Adnan, T.S.N.S., Che Yaacob, M.F. (2023): Akal budi orang Melayu menerusi cerita-cerita rakyat. – PENDETA 14(2): 56-70.

Downloads

Published

2026-08-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

KEPIMPINAN ISLAM DAN AKAL BUDI MELAYU NARATIF LISAN SUNGAI PENGKALAN DATU: TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU: ISLAMIC LEADERSHIP AND MALAY WISDOM IN PENGKALAN DATU RIVER ORAL NARRATIVES: MALAY METHODOLOGICAL APPROACH. (2026). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 880-890. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i4.1358