ASAL USUL NAMA TEMPAT DI DAERAH SIK, KEDAH

THE ORIGIN OF PLACE NAMES IN THE DISTRICT OF SIK, KEDAH

Authors

  • NOR AZLAH SHAM RAMBELY Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.
  • ZEETY KARTINI ABDUL HAMID Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v7si2.1316

Keywords:

daerah Sik, asal usul-usul nama tempat, sejarah lisan, Kedah

Abstract

Sejarah tempatan merujuk kepada kajian sejarah sesebuah daerah, mukim atau kampung di Malaysia. Walaupun terdapat beberapa penulisan tentang kawasan tertentu seperti Kuala Lumpur, Klang, Tanjung Malim, Kampung Baru, Sabak Bernam, Muar dan Batu Pahat, jumlah kajian sejarah tempatan masih kecil berbanding bilangan keseluruhan daerah, bandar, mukim dan kampung di negara ini. Oleh itu, masih banyak kawasan tempatan yang perlu dikaji dan didokumentasikan. Kajian ini menumpukan kepada daerah Sik, Kedah, iaitu daerah terbesar di negeri Kedah dengan keluasan 1,635 kilometer persegi atau 17.35 peratus daripada keluasan negeri tersebut. Kajian ini merupakan kajian awal tentang asal-usul nama daerah Sik dan beberapa kampung terpilih berdasarkan cerita lisan penduduk setempat. Sejarah lisan digunakan sebagai kaedah utama kerana ia berperanan penting dalam merakam pengalaman, peristiwa dan maklumat masa lalu yang masih tersimpan dalam ingatan individu. Kaedah pengumpulan data melibatkan temu bual dengan 10 orang responden serta penelitian terhadap sumber bertulis berkaitan sejarah kampung-kampung terpilih di Sik. Proses penyelidikan meliputi tiga tahap utama, iaitu pengumpulan data, pengklasifikasian maklumat mengikut kampung, dan penganalisisan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa nama-nama tempat yang dikaji masih digunakan hingga kini dan mempunyai kaitan rapat dengan latar geografi Sik yang kaya dengan hutan, aktiviti masyarakat setempat, serta corak kehidupan kampung. Kajian ini juga mendapati bahawa asal-usul nama tempat mencerminkan hubungan antara manusia, alam sekitar dan sejarah sosial masyarakat setempat. Kajian ini wajar diperluaskan ke seluruh daerah Sik kerana masih banyak tempat yang belum dikaji asal-usul namanya. Usaha mendokumentasikan sumber lisan amat penting kerana dokumen sejarah boleh kekal, tetapi individu yang menyimpan memori sejarah tidak akan kekal selama-lamanya.

Local history refers to the history of a particular district, sub-district, or village in a country. Although several studies have been written on places such as Kuala Lumpur, Klang, Tanjung Malim, Kampung Baru, Sabak Bernam, Muar, and Batu Pahat, the number of local history studies remains relatively small compared with the total number of districts, towns, sub-districts, and villages in Malaysia. Therefore, many areas of local history still need to be studied and documented. This study focuses on Sik District in Kedah, the largest district in the state, covering 1,635 square kilometres, or 17.35 per cent of Kedah’s total area. It is a preliminary study of the origins of the name Sik and selected village names in the district, based mainly on oral accounts from local residents. Oral history is used as an important method because it helps record past experiences, events, and information that remain preserved in individual memory. Data were collected through interviews with 10 respondents and through a review of written sources related to the history of selected villages in Sik. The research process involved three main stages: data collection, classification of information according to the selected villages, and data analysis. The findings show that the selected place names studied are still used today and are closely related to Sik’s geographical background, which is marked by extensive forested areas, the activities of the local community, and the pattern of village life. The origins of these place names reflect the relationship between people, the natural environment, and the social history of the local community. This study should be expanded to cover more places throughout Sik District, as many place names in the area have yet to be examined. Documenting oral sources is important because historical documents may remain permanently, but the individuals who experienced and remember historical events will not remain forever.

References

[1] Ahmad, S.S., Abu Bakar, S., Mohammed, S., Mohd Sirat, N.I. (2015): Kisah disebalik asal usul nama kampung di Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai. – In ICOMHAC 2015 e-Proceedings 5p.

[2] Basso, K.H. (1996): Wisdom sits in places: Landscape and language among the Western Apache. – University of New Mexico Press 171p.

[3] Berg, L.D., Vuolteenaho, J. (Eds.) (2009): Critical toponymies: The contested politics of place naming. – Ashgate 291p.

[4] Department of Statistics Malaysia (DOSM) (2026): Baling kawasanku. – OpenDOSM 5p.

[5] Rose-Redwood, R., Alderman, D., Azaryahu, M. (2010): Geographies of toponymic inscription: New directions in critical place-name studies. – Progress in Human Geography 34(4): 453-470.

[6] Sari, L.A. (2019): Asal-usul nama-nama desa di Kecamatan Ngimbang Kabupaten Lamongan: Kajian struktur, fungsi, dan nilai budaya. – BAPALA: Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia 5(2): 1-12.

[7] Thompson, P., Bornat, J. (2017): The voice of the past: Oral history. – Oxford University Press 484p.

[8] Tuan, Y.F. (1977): Space and place: The perspective of experience. – University of Minnesota Press 248p.

[9] Vansina, J. (1985): Oral tradition as history. – University of Wisconsin Press 256p.

[10] Zakaraya, S.Z. (2021): Baling, Sik tumpuan pengeluar lateks utama negara. – Sinar Harian Web Portal 17p.

Downloads

Published

2026-05-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

ASAL USUL NAMA TEMPAT DI DAERAH SIK, KEDAH: THE ORIGIN OF PLACE NAMES IN THE DISTRICT OF SIK, KEDAH. (2026). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(SI2), 70-88. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7si2.1316