CERMINAN KONSEP NILAI KEJUJURAN DARIPADA PERSPEKTIF HUKUM ISLAM DALAM CERITA PAK KADOK
A REFLECTION CONCEPT THE VALUE OF HONEST FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC LAW IN PAK KADOK STORY
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v7si2.1315Keywords:
cerita lisan, kejujuran, hukum Islam, Pak KadokAbstract
Makalah ini menelusuri cerminan konsep nilai kejujuran daripada perspektif hukum Islam dalam cerita Pak Kadok. Konsep kejujuran merupakan perilaku terpuji dan menjadi tunjang dari sebuah kebahagiaan dalam segala aktiviti sehari-harian. Oleh itu, sikap kejujuran merupakan salah satu sifat utama Nabi Muhammad SAW dan seseorang yang mengamalkan sikap mulia ini akan mendapat kepercayaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT serta masyarakat. Di samping itu, cerita lisan merupakan wahana hiburan yang dapat dijadikan sebagai aktiviti pada waktu lapang dalam kalangan masyarakat dan salah satunya ialah cerita Pak Kadok yang sememangnya popular di Malaysia. Walaupun cerita Pak Kadok memperlihatkan tentang sikap kebodohan, namun disebalik sikap itu masih memiliki kejujuran melalui perbuatan dan percakapan dalam kehidupannya sehari-harian. Oleh hal yang demikian, sikap kejujuran yang dimiliki oleh watak Pak Kadok sewajarnya diangkat ke dalam bentuk penyampaian cerita lisan kepada golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa pada hari ini kerana mereka lebih terikut dengan budaya luar. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep nilai kejujuran daripada perspektif hukum Islam dalam cerita Pak Kadok serta dianalisis dengan pendekatan kemasyarakatan. Selanjutnya, reka bentuk kajian ini ialah bersifat kualitatif yang bertunjangkan kaedah kepustakaan dan teks serta pendekatan kemasyarakatan dijadikan sebagai deduktif kajian secara khusus. Justeru, penyelidikan ini telah membuktikan bahawa penyampaian cerita Pak Kadok sewajarnya dijadikan medium pendidikan kepada golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa pada hari ini kerana kaya dengan cerminan sikap kejujuran serta sebagai medium untuk membentuk moral positif dalam kalangan masyarakat.
This paper explores the reflection of the concept of the value of honesty from the perspective of Islamic law in Pak Kadok story. The concept of honesty is a commendable behavior and becomes the backbone of happiness in all day-to-day activities. Therefore, the attitude of honesty is one of the main characteristics of the Prophet Muhammad SAW and a person who practices this noble attitude will gain trust and glory in the eyes of Allah SWT and society. In addition, oral stories are a means of entertainment that can be used as leisure activities among the community and one of them is Pak Kadok story which is very popular in Malaysia. Although Pak Kadok story shows an attitude of stupidity, behind that attitude he still has honesty through his actions and conversations in his daily life. Therefore, the honesty possessed by Pak Kadok character should be taken into the form of delivering oral stories to children, teenagers and adults today because they are more influenced by outside culture. Therefore, this study aims to identify and analyze the concept of the value of honesty from the perspective of Islamic law in Pak Kadok story and analyzed with a societal approach. Furthermore, the design of this study is qualitative based on library and text methods as well as the community approach used as a deductive study specifically. Thus, this research has proven that the presentation of Pak Kadok story should be used as a medium of education for children, teenagers and adults today because it is rich in the reflection of honesty and as a medium to form positive morals in the community.
References
[1] Awang, H. (2019): Teori pengkaedahan Melayu dan prinsip penerapannya. – Dewan Bahasa dan Pustaka 23p.
[2] Bakar, R.A., Van Engelenhoven, A. (2016): Alam dan Budaya Masyarakat Melayu dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. – Jurnal Kesidang 1(1): 20-49.
[3] Hamizan, M.Q., Ali, A.W., Sallehuddin, A.K.B. (2021): Dokumentasi Tradisi Lisan dalam Cerita Rakyat untuk Orang Melayu di Sarawak untuk Persembahan Teater: The Documentation of Oral Tradition in Malay Sarawak Folktales for Theatre Performance. – Advances in Humanities and Contemporary Studies 2(2): 34-41.
[4] Hamzah, I. (2016): Terlajak Sengal? Pak Kadok VS Pak Pandir. – Kuala Lumpur: E-Media Multimedia Group Sdn. Bhd. 266p.
[5] Hasanudin, M.I.W., Jamian, M.N. (2021): Struktur naratologi dan citra ibu dalam cerita legenda si tenggang, si malin kundang dan nakhoda manis. – Jurnal Melayu 21p.
[6] Ismail, M.F. (2017): Nilai Budaya dalam Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan, Malaysia. – Universiti Putra Malaysia 140p.
[7] Ismail, M.S., Bakar, R.A., Effendy, N.R.N.M. (2018): Cerita jenaka Melayu suatu manifestasi watak dan perwatakan positif. – Jurnal Melayu Sedunia 1(1): 296-329.
[8] Kemalok, J., Mohamed, M. (2020): Peranan Mitos dalam Masyarakat Orang Asli Kampung Peta, Endau, Mersing, Johor. – International Journal of the Malay World and Civilisation 8(1): 75-82.
[9] Mamat, S.F. (2019): Kisah Sang Kancil dan Memerang Sebagai Penerapan Adab Kepimpinan Dalam Kalangan Kanak-Kanak. – Jurnal Kesidang 4(1): 77-89.
[10] Rahman, M.N.A., Malek, A.A., Mansor, M.A. (2021): Pedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak: Culturally Responsive Pedagogy Through Folk Tales for Early Childhood Literacy Skills. – Sains Insani 6(1): 91-98.
[11] Rahman, M.N.A., Nor, M.M., Darus, R., Noor, A.S.M., Daud, A., Lintang, R., Muhamad, N.A. (2017): Cerita rakyat orang asal Sabah sebagai medium pembelajaran asas literasi: Analisis keperluan. – JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 5(4): 26-30.
[12] Yaacob, M.F.C. (2021): Cerita Rakyat Sebagai Simbol Kekayaan Nilai Ketamadunan Masyarakat Melayu. – Jurnal Peradaban Melayu 16(2): 1-12.
[13] Yaacob, M.F.C., Abdillah, N. (2017): Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melalui Cerita-Cerita Rakyat Melayu: Kajian Teks Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia Diselenggara oleh Aripin Said & Othman Puteh. – Journal of Business and Social Development 5(2): 67-74.
[14] Yaacob, M.F.C., Abdillah, N., Ghani, M.I.A., Shaharuddin, S.N., Apandi, S.N.A.M. (2017): Cerminan moral positif dalam cerita-cerita rakyat Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics. – International Journal of Language Education and Applied Linguistics 6: 35-44.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 TUAN SITI NURUL SUHADAH TUAN ADNAN, MOHD FIRDAUS CHE YAACOB

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.