PENGARUH PENDIDIKAN TERHADAP PENINGKATAN KESEDARAN BERKAITAN KESETARAAN GENDER DALAM KALANGAN WANITA DI MALAYSIA (1963-2023)
EFFECT OF EDUCATION ON INCREASE IN AWARENESS RELATED TO GENDER EQUALITY AMONG WOMEN IN MALAYSIA (1963-2023)
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v7si2.1314Keywords:
pendidikan, wanita, kesetaraan gender, hak asasi, MalaysiaAbstract
Pendidikan untuk wanita pada satu ketika dahulu bukanlah menjadi satu keutamaan untuk dipenuhi dan situasi ini adalah disebabkan oleh stigma yang meletakkan kaum wanita sentiasa berada di belakang kaum lelaki. Hal ini tidak menghairankan kerana sistem patriarki yang menebal dalam masyarakat pada waktu itu meletakkan kepentingan untuk menyediakan pendidikan dengan tumpuan hanya kepada kanak-kanak lelaki. Pada era imperialisme British di Tanah Melayu misalannya, pendidikan untuk wanita berkembang dalam kadar yang sangat perlahan, biarpun terdapat usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk kanak-kanak perempuan namun kalangan ibu bapa tidak begitu menyokong konsep ini. Ketidakadilan gender adalah satu bentuk diskriminasi yang telah berlaku sejak sekian lama dan mendatangkan dampak terutamanya melibatkan hak kaum wanita dan kanak-kanak perempuan. Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang telah termaktub pada tahun 1948 mengisytiharkan hak sama rata antara wanita dan lelaki yang terkandung di dalamnya tanpa sebarang perbezaan. Ikon pendidikan wanita seperti Ibu Zain, Lily Eberwein yang mewakili generasi wanita sebelum merdeka merupakan antara tokoh terawal yang menggerakkan usaha memberikan pendidikan kepada kaum wanita dan kanak-kanak perempuan. Permasalahan yang mendasari penyelidikan ini adalah berkaitan dengan pengaruh pendidikan untuk membawa kesedaran tentang kesetaraan gender dalam kalangan wanita di Malaysia dari perspektif sejarah serta dinamika perkembangan pendidikan untuk kaum wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia. Penyelidik menggunakan kualitatif dengan mengadaptasi kajian kepustakaan dan wawancara bersama informan dalam pengumpulan data serta kritikan sumber dan analisis kandungan untuk proses analisis data. Dapatan awal penyelidikan menunjukkan tahap kesedaran berkaitan kesetaraan gender dalam kalangan wanita telah memperlihatkan perubahan yang signifikan terutamanya selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kedudukan kaum wanita menjadi lebih baik jika dibandingkan sewaktu era penjajahan British di negara kita. Bidang pendidikan mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam mencapai kesaksamaan gender seperti yang didokumentasikan dalam laporan tahunan oleh UNESCO yang diterbitkan pada tahun 2015 yang bertemakan “Education for All”.
Education for women at one time was not a priority to be fulfilled and this situation is due to the stigma that puts women always behind men. This is not surprising because the patriarchal system that thickened in society at that time placed importance on providing education with a focus only on boys. During the era of British imperialism in Malaya, for example, education for women developed at a very slow rate, although there were efforts to raise awareness of the importance of education for girls, but parents did not really support this concept. Gender injustice is a form of discrimination that has been happening for a long time and has an impact especially involving the rights of women and girls. The Universal Declaration of Human Rights which was written in 1948 declared equal rights between women and men contained in it without any difference. Women's education icons such as Ibu Zain, Lily Eberwein who represent the generation of women before independence were among the earliest figures who mobilized efforts to provide education to women and girls. The problem underlying this research is related to the influence of education to bring awareness about gender equality among women in Malaysia from a historical perspective as well as the dynamics of the development of education for women and girls in Malaysia. The researcher used a qualitative method by adapting the literature review method and also interviews with informants in the data collection process as well as source criticism and content analysis for the data analysis process. The initial findings of the research show that the level of awareness related to gender equality among women has shown a significant change especially after the formation of Malaysia in 1963. The position of women has become better when compared to the era of British colonialism in our country. The field of education has the potential to play an important role in achieving gender equality as documented in the annual report by UNESCO published in 2015 with the theme “Education for All”.
References
[1] Arkib Negara Malaysia (ANM) (2024): Perubahan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. – Pustaka Ilmu 7p.
[2] Arshad, M.Y. (1935): Tambahlah pendidikan dengan perusahaan. – Majalah Guru 3p.
[3] Aslam, M. (2013): Empowering women: Education and the pathways of change (EFA Global Monitoring Report 2013/4 background paper). – UNESCO 69p.
[4] Aziz, A. (2004): Ibu Zain (Zainun Munsyi Sulaiman). – In Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Ed.) Biografi Tokoh Wanita Malaysia, Pelanduk Publications 606p.
[5] Berma, M. (2020): Kesaksamaan gender tanggungjawab semua. – Berita Harian Web Portal 7p.
[6] Bhat, R.A. (2015): Role of Education in the Empowement of Women in India. – Journal of Education and Practice 6(10): 188-191.
[7] Fernandez, J.L. (2005): Women and Education in Malaysia. – Preparing Graduates for Employment 2p.
[8] Hendriani, R. (2017): Girls’ Education: Danger and Resistance reflected inI am Malalaby Malala Yousafzai and Christina Lamb andMy Name is Parvanaby Deborah Ellis. – Lensa: Kajian Kebahasaan, Kesusastraan, dan Budaya 7(2): 190-199.
[9] Hirschman, C. (2026): Women and Development in Malaysia. – In Chronicling Themes in the ECONOMIC and SOCIAL HISTORY of MALAYSIA 5p.
[10] Hussiin, H.B. (2011): Isu Pendidikan Wanita Melayu Dalam Akhbar dan Majalah Melayu, 1920-an Hingga 1940-an. – SEJARAH: Journal of the Department of History 19(19): 17p.
[11] Ibrahim, M.A. (2022): Kesedaran kesamarataan jantina semakin meningkat: Kajian. – Sinar Harian Web Portal 22p.
[12] Idris, M.R.B., Noor, A.I.M. (2015): PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PEREMPUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU, 1896-1941. – SEJARAH: Journal of the Department of History 24(1): 15p.
[13] Idris, M.R.B., Noor, A.I.M. (2014): PERKEMBANGAN SEKOLAH PEREMPUAN MELAYU DI NEGERINEGERI MELAYU BERSEKUTU, 1896-1941. – SEJARAH: Journal of the Department of History, 23(2): 25p.
[14] IPSOS (2018): IPSOS study reveals Malaysians’ top issues faced by women and misperceptions of women empowerment [Press release]. – IPSOS Web Portal 8p.
[15] Jaysawal, N., Saha, S. (2023a): Feminism, education and gender equality-a review. – EPRA International Journal of Multidisciplinary Research 9(2): 241-246.
[16] Jaysawal, N., Saha, S. (2023b): Role of education in women empowerment. – International Journal of Applied Research 9(4): 08-13.
[17] Jehom, W.J. (2013): Lily Eberwein: Her life and involvement in the anti-cession movement in Sarawak. – Women in Southeast Asian Nationalist Movements 22p.
[18] Kalakoti, S.R. (2021): Women empowerment through education–a sociological perspective. – International Journal of Multidisciplinary Educational Research 8(6): 1-8.
[19] Noor, A.I.M. (2010): TAN SRI DR. HAJJAH AISHAH GHANI: PENGGERAK KEMAJUAN WANITA UMNO. – SARJANA 25(3): 125-142.
[20] Sahin, E. (2014): Gender equity in education. – Open Journal of Social Sciences 2(1): 59-63.
[21] Stevenson, R. (1975): Cultivators and administrators: British educational policy towards the Malays, 1875-1906. – Monash University 240p.
[22] United Nations Development Programme (UNDP) (2019): Human development report 2019: Beyond income, beyond averages, beyond today: Inequalities in human development in the 21st century. – United Nations Development Programme 366p.
[23] United States Agency for International Development (USAID) (2008): Education from a gender equality perspective. – USAID 18p.
[24] World Economic Forum (WEF) (2020): Global gender gap report 2020. – World Economic Forum 371p.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 EMMA TINGKAS, MAUREEN DE SILVA

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.