PEMBANGUNAN MODEL KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN KECERDASAN BUATAN: MAQASID AL-SYARIAH SEBAGAI KERANGKA KURIKULUM DIGITAL
DEVELOPING AN AI-BASED ISLAMIC EDUCATION CURRICULUM MODEL: MAQASID AL-SHARIAH AS A FRAMEWORK FOR DIGITAL CURRICULUM DESIGN
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i3.1232Keywords:
kecerdasan buatan, pendidikan Islam digital, kurikulum Islam abad ke-21, Maqasid al-Syariah, gamifikasi pembelajaranAbstract
Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) telah mengubah landskap pendidikan global, namun integrasinya dalam konteks pendidikan Islam masih bersifat terpisah-pisah (fragmented) dan belum dipandu oleh kerangka nilai yang koheren. Kajian-kajian terdahulu lebih tertumpu kepada aplikasi teknikal AI secara terasing tanpa menyepadukan dimensi teknologi, pedagogi dan nilai keislaman secara serentak, sekali gus mewujudkan jurang kritikal dalam pembangunan model kurikulum Islam digital yang holistik. Justeru, kajian ini bertujuan membangunkan Model Kurikulum Pendidikan Islam Berasaskan AI (MKPIA) yang menggabungkan tiga teras teoritikal iaitu maqasid al-syariah, falsafah pendidikan Islam dan teori pembelajaran abad ke-21. Kajian ini menggunakan reka bentuk conceptual paper yang digabungkan dengan pendekatan pembangunan model, manakala analisis sistematik ke atas 30 kajian terpilih dilaksanakan berpandukan protokol PRISMA bagi mengenal pasti tema, komponen dan jurang literatur sedia ada. Hasil kajian mengenal pasti tujuh komponen teras yang saling berkaitan, yang seterusnya disusun dalam model MKPIA berbentuk empat lapisan hierarki konsentrik, merangkumi lapisan nilai teras, lapisan reka bentuk pedagogi, lapisan pelaksanaan teknologi dan lapisan penilaian impak. Sumbangan utama kajian ini terletak pada pengoperasian maqasid al-syariah sebagai kerangka reka bentuk kurikulum yang aktif dan boleh diaplikasi, sekali gus memperluaskan skop penggunaannya melampaui domain fiqh tradisional ke dalam domain perancangan kurikulum digital kontemporari. Dari sudut praktikal, MKPIA menawarkan panduan bersepadu kepada penggubal dasar, pereka kurikulum dan pembangun teknologi pendidikan Islam dalam merangka kurikulum digital yang selaras dengan nilai syariah tanpa mengabaikan tuntutan pedagogi abad ke-21. Kajian ini turut mencadangkan agenda penyelidikan lanjutan bagi mengesahkan keberkesanan model ini secara empirikal.
The rapid advancement of artificial intelligence (AI) has reshaped the global educational landscape, yet its integration within Islamic education remains fragmented and insufficiently guided by a coherent value framework. Prior studies have largely focused on isolated technical applications of AI without simultaneously integrating the technological, pedagogical and value dimensions of Islamic education, thereby leaving a critical gap in the development of a holistic digital Islamic curriculum model. This study therefore aims to develop an AI-Based Islamic Education Curriculum Model (MKPIA) that integrates three theoretical pillars: maqasid al-shariah, Islamic philosophy of education, and 21st-century learning theory. A conceptual paper design combined with a model development approach was employed, alongside a systematic analysis of 30 selected studies guided by the PRISMA protocol to identify themes, components and gaps in the existing literature. The findings reveal seven interrelated core components, which are subsequently organized into the MKPIA model as a four-layered concentric hierarchical structure comprising a core-values layer, a pedagogical design layer, a technology implementation layer, and an impact evaluation layer. The principal contribution of this study lies in the operationalization of maqasid al-shariah as an active and applicable curriculum design framework, thereby extending its applicability beyond traditional jurisprudential domains into contemporary digital curriculum planning. Practically, MKPIA offers integrated guidance for policymakers, curriculum designers and Islamic education technology developers in designing digital curricula that align with shariah values while addressing 21st-century pedagogical demands. The study further proposes an agenda for future research to empirically validate the model's effectiveness.
References
[1] Abd. Yazid, M.Y.H., Nafisatun Najah, Asrofah, N.L. (2025): Penelitian, inovasi, dan integrasi teknologi sebagai pilar kemajuan pendidikan Islam. – Proceeding International Seminar on Islamic Education and Peace 5: 588-599.
[2] Abdul Khalil, A., Othman, M.K.H., Saidon, M.K. (2020): Memacu pendidikan di era Revolusi Industri 4.0: Penerapan nilai-nilai Islam dan inovasi dalam pengajaran di institusi pengajian tinggi. – Islāmiyyāt 42(Special Issue): 13-20.
[3] Ag Ku Jali, D.S.F., Tengku Kasim, T.S.A., Awae, F. (2025): Peranan guru Pendidikan Islam sebagai pendakwah kontemporari: Analisis konseptual terhadap pendekatan dan cabaran dakwah semasa. – Journal of Islamic Educational Research 11(2): 46-56.
[4] Ahmad Taha, J.Z., Sulaiman, S.Z., Ajmain@Jima’ain, M.T. (2025): Penggunaan kecerdasan buatan (ChatGPT) dalam Pendidikan Islam: Analisis cabaran, peluang dan pertimbangan etika berdasarkan Maqasid Syariah. – Journal of Research, Innovation, and Strategies for Education 2(3): 35-46.
[5] Alia, E., Parasuraman, B., Mukhtar, D. (2025): Kajian soal selidik: Cabaran dan peluang guru dalam mengadaptasi teknologi AI dalam PAK 21 di sekolah. – International Journal of Modern Education 7(28): 1144-1162.
[6] Ali, M.F., Mat Teh, K.S. (2025): Etika dan adab penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran bahasa Arab menurut perspektif Imam al-Ghazali dan Ibn Miskawayh. – Jurnal al-Haady 7(1): 22-31.
[7] Aliya, N., Suriani, A.B., Wong, K.T., Azzam, A.B., Adli, M. (2024): Integrasi aplikasi berasaskan kecerdasan buatan dalam pembelajaran digital dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Fizik Kuantum: Tinjauan literatur. – Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia 14(2): 155-170.
[8] Al-Namarneh, S.I., Ariffin, S., Mohamad, K.A., Ahmad, S.A., Isa, K. (2025): Menggabungkan teknologi dan tradisi: Kepentingan kecerdasan buatan dalam meningkatkan hafazan al-Quran. – QURANICA: International Journal of Quranic Research 17(2), Special Issue 14: 304-324.
[9] Annisa, N., Nurdin, N., Syahid, A. (2024): Integrasi teknologi dan kecerdasan buatan manusia dalam meningkatkan Pendidikan Islam. – Prosiding Kajian Islam dan Integrasi Ilmu di Era Society 5.0 3(1): 316-322.
[10] Balika, Y.A. (2024): Transformasi Pendidikan Islam di era digital: Telaah pemikiran Yusuf al-Qaradawi. – Jurnal Pendidikan Nusantara 9(3): 115-127.
[11] Hamzah, N., Zulkifli, H. (2025): Kesediaan guru dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pembelajaran terbeza Pendidikan Islam di sekolah rendah. – Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education 9(2): 55-66.
[12] Lubis, M.A., Taib, S.H., Usiono, Lubis, I., Sjahrony, A. (2022): Integrasi ilmu dan inovasi pendekatan digital dalam Pendidikan Islam mendepani era Revolusi Industri 4.0 di Universiti Kebangsaan Malaysia. – ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization 5(1): 27-41.
[13] Mohd Taher, F.I., Abu Bakar, F.H. (2021): Pendidikan digital era IR 4.0 dalam Pendidikan Islam. – International Conference on Syariah & Law 16p.
[14] Mohd Zaid, M.B., Wan Ismail, W.O.A.S., Azman, M.F., Zakaria, M.A.A., Mohd Noor, M.L.H. (2024): Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pendidikan literasi digital dalam kurikulum. – Asian People Journal 7(1): 164-179.
[15] Musthofa, M.D., Hefniy (2025): Paradigma dan prinsip inovasi kurikulum dalam Pendidikan Islam. – Jurnal Ilmu Multidisiplin 1(3): 236-249.
[16] Nasir, K., Kamarul Zaman, R., Ahmad Hilmi, A.B., Mahadzir, A.H., Mustaffa, A.M. (2025): Integrasi kecerdasan buatan dalam aplikasi mudah alih: Inovasi dan cabaran dalam menyokong hafazan dan murajaah al-Quran. – QURANICA: International Journal of Quranic Research, Special Issue 14: 612-645.
[17] Nasution, R., Uqba, M.S.S. (2024): Perubahan paradigma pembelajaran, teknologi, dan media masa depan. – KIRANA: Social Science Journal 1(2): 76-86.
[18] Omar, N.A.M., Wan Ismail, W.O.A.S., Akmal, N.A.Z., Naziri, N.B.D., Abdul Aziz, N.I., Abdullah, N.A.D., Halim, H.I.A. (2026): Memperkasa Pendidikan Islam melalui pendekatan Fiqhoria sebagai pembelajaran digital interaktif berpusatkan pelajar. – International Journal of Modern Education 8(29): 493-510.
[19] Rahman, R.A., Marinsah, S.A., Ramlie, H.A. (2025): Integrasi teknologi Revolusi Industri 4.0 dalam Pendidikan Islam: Analisis sistematik perkembangan, cabaran dan peluang (2015-2025). – International Journal of Education, Psychology and Counseling 10(58): 902-921.
[20] Rahman, T.F.N.T.A., Zulkifli, H. (2025): Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran bidang al-Quran di sekolah rendah: Satu tinjauan literatur. – International Journal of Modern Education 7(28): 238-252.
[21] Ramdzan, Z., Ramly, R. (2024): Faktor dorongan amalan pengajaran abad ke-21 guru Pendidikan Islam di sekolah Program Transformasi Sekolah 2025. – International Journal of Educational Research on Andragogy and Pedagogy 2(1): 1-15.
[22] Razak, N.S.H., Wan Ismail, W.O.A.S., Rusli, N.F.I., Zulpakar, A.N.N., Amir Hamzah, N.A.N., Rusli, N.A.S., Mohd Anuor, N.H.A. (2026): Keberkesanan laman web E-Faith Journey terhadap pembelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 bagi pelajar Tingkatan 1. – International Journal of Modern Education 8(29): 719-734.
[23] Salim, M.A., Aditya, R.B. (2025): Integration of artificial intelligence in Islamic education: Trends, methods, and challenges in the digital era. – Journal of Modern Islamic Studies and Civilization 3(1): 74-89.
[24] Sulaiman@Mohamad, A., Jamsari, E.A., Raja Abdul Aziz, R.M.I. (2025): Integrasi ilmu Naqli dan ‘Aqli dalam pengajian Islam era digital: Peluang, isu dan cabaran penggunaan kecerdasan buatan (AI). – SAIS 2025 Bahasa Melayu E-Prosiding 10p.
[25] Tumiran, M.A., Baharuddin, B.H., Mohammad, N. (2025): Potensi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan di Malaysia: Analisis kandungan. – Quantum Journal of Social Sciences and Humanities 6(2): 237-250.
[26] Vitaningtyas, T., Ab. Rahman, R. (2025): Cabaran dan strategi pendidikan Islam era digital untuk Generasi Alpha: Analisis perbandingan di Brunei, Malaysia dan Indonesia. – International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education 5(2): 82-96.
[27] Zulkifli, M.H., Ramli, I., Ramlie, H.A. (2025a): Integrasi aplikasi Gemini AI dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) bagi Pendidikan Islam sekolah rendah. – Jurnal Pendidikan Bitara UPSI 18(2): 51-62.
[28] Zulkifli, M.H., Ramli, I., Ramlie, H.A. (2025b): Perbezaan keberkesanan kaedah PAK-21 dan tradisional dalam pengajaran guru Pendidikan Islam. – Quantum Journal of Social Sciences and Humanities 6(5): 203-214.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 MASNIH MUSTAPA, KHAIRUL AZWANI AHININ

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.