ASEAN SEBAGAI BATU LONCATAN DALAM KEDINAMIKAN HUBUNGAN BILATERAL MALAYSIA TERHADAP CHINA

ASEAN AS A CATALYST IN MALAYSIA-CHINA RELATIONS

Authors

  • MOHAMAD IKHRAM MOHAMAD RIDZUAN Program Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • UNI W SAGENA Program Hubungan Antarabangsa, Universiti Mulawarman, Kalimantan Timur, Indonesia.
  • NURUL HUDA MARWAN Program Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak, Malaysia.
  • NUR AZIERA RAFIQA AZRIE Program Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i2.1144

Keywords:

ASEAN, dasar luar, Malaysia, China, keselamatan rantau

Abstract

Makalah ini menganalisis peranan ASEAN sebagai batu loncatan strategik dalam membentuk dan mendinamikan hubungan bilateral Malaysia–China dalam konteks persaingan kuasa besar dan ketidaktentuan sistem antarabangsa. Sebagai sebuah negara kecil, Malaysia berhadapan dengan dilema keselamatan, tekanan geopolitik serta keperluan untuk mengekalkan kedaulatan dan kepentingan nasional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis dokumen dan analisis trajektori hubungan antarabangsa bagi menelusuri empat fasa utama hubungan Malaysia–China, iaitu era permusuhan, era normalisasi, era pragmatisme dan kewaspadaan politik, serta era pengukuhan kerjasama strategik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ASEAN berfungsi sebagai mekanisme diplomasi kolektif yang membolehkan Malaysia mengimbangi pengaruh kuasa besar, mengurangkan risiko konflik, serta memaksimumkan manfaat politik dan ekonomi tanpa terperangkap dalam pakatan kekal. Melalui prinsip ASEAN Way dan inisiatif serantau seperti ZOPFAN, Treaty of Amity and Cooperation (TAC) dan East Asia Summit (EAS), Malaysia berjaya mengikat kuasa-kuasa besar agar bertindak selari dengan norma dan kepentingan serantau. Kesimpulannya, ASEAN bukan sahaja berperanan sebagai organisasi serantau, malah menjadi instrumen strategik yang signifikan dalam memastikan kelangsungan dasar luar Malaysia terhadap China secara seimbang, fleksibel dan berdaya tahan dalam persekitaran geopolitik yang sentiasa berubah.

This study examines ASEAN’s function as a strategic catalyst in shaping and positioning Malaysia-China bilateral relations amid great power competition and heightened systemic uncertainty. Situated as a small state, Malaysia confronts security dilemmas, geopolitical pressures as well as the imperative to safeguard sovereignty and national interests. Employing a qualitative methodology grounded in document analysis and trajectory analysis of bilateral relations, the study outlines four principal phases in Malaysia-China relations which is an era of hostility, normalization, an era that characterized by pragmatism and political caution and the era of consolidated strategic cooperation. The findings indicate that ASEAN operates as a mechanism of collective diplomacy that enables Malaysia to balance great-power influence, mitigate the risk of conflict and optimize political and economic gains without being subsumed into enduring alignments. Through the operationalization of the ASEAN Way and regional instruments such as ZOPFAN, the Treaty of Amity and Cooperation (TAC) and the East Asia Summit (EAS), Malaysia has been able to anchor major powers to regional norms and interests. The study concludes that ASEAN transcends its role as a regional organization to function as a significant strategic instrument that sustains Malaysia’s foreign policy toward China in a manner that is balanced, flexible and resilient within a dynamically evolving geopolitical environment.

Author Biography

  • MOHAMAD IKHRAM MOHAMAD RIDZUAN, Program Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.

    Pensyarah Kanan, Program Hubungan Antarabangsa

References

[1] Acharya, A. (2023): A multiplex world: the coming world order. – Emerging World Order After the Russia-Ukraine War 7p.

[2] Alagappa, M. (2013): Developing a strategic relationship with China. – The Edge Malaysia 2p.

[3] Kissinger, H. (1987): East Asia, the pacific and the west: Strategic trends and implications: Part I. – Adelphi Papers 27(216): 3-10.

[4] Ikhram, M., Ikbal, M. (2021): Hubungan Normalisasi Malaysia dengan China: Hujahan Realisme Neoklasik Dalam Menganalisis Keputusan Tun Abdul Razak. – Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 48(1): 123-150.

[5] Marwan, N.H., Ya’akub, A.N., Aini, N. (2017): Embracing ASEAN Community: Malaysia, Indonesia and Brunei Youth Perspective. – Journal of Borneo-Kalimantan 2(2): 11p.

[6] Ridzuan, M.I.M., Huda, M.I.M., Daud, S. (2019): Enam dekad grand strategy Malaysia terhadap China (1957-2018): Dasar luar negara membangun terhadap negara kuat. – WILAYAH: The International Journal of East Asian Studies 8(1): 31-44.

[7] Ridzuan, M.I.M., Huda, M.I.M., Kamaruddin, N., Zulkifli, N. (2022): Dasar Luar Malaysia Terhadap China Sehingga Era Pentadbiran Pakatan Harapan: Membina Saling Percaya dalam Situasi Geopolitik yang Berubah. – Akademika 92(2): 207-220.

[8] RIDZUAN, M.I.M., JAMBOL, D.J.A., ZULKIFLI, N., ABDULLAH, Z. (2024): INTERDEPENDENCY AND RELIABILITY IN MALAYSIA-CHINA RELATIONS AMIDST THE BALANCE OF THREAT. – Quantum Journal of Social Sciences and Humanities 5(5): 1-10.

[9] Ridzuan, M.I.M., Ma'dan, M. (2023): Abdullah Badawi’s foreign policy towards China: Three-level analysis of a pragmatic and idealistic diplomacy strategy in a two-way cooperation. – Journal of International Studies 19(1): 145-168.

[10] Shafie, M.G. (1982): Malaysia: International Relations. – Creative Enterprise 328p.

Downloads

Published

2026-04-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

ASEAN SEBAGAI BATU LONCATAN DALAM KEDINAMIKAN HUBUNGAN BILATERAL MALAYSIA TERHADAP CHINA: ASEAN AS A CATALYST IN MALAYSIA-CHINA RELATIONS. (2026). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2), 638-647. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i2.1144