PENDIDIKAN ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0: CABARAN FALSAFAH PENGAJIAN TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
EDUCATION IN THE ERA OF THE FOUTH INDUSTRIAL REVOLUTION: CHALLENGES TO BRUNEI DARUSSALAM’S NATIONAL HIGHER EDUCATION PHILOSOPHY
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6si2.1046Keywords:
teknologi, internet, komputer, industri 4.0, mujahadah al-nafsAbstract
Revolusi Industri 4.0 membawa kemajuan teknologi yang pesat, terutama dalam bidang pendidikan, dengan penggunaan peranti digital yang merombak hampir setiap aspek kehidupan manusia. Teknologi ini menggabungkan Internet of Things, Big Data, media sosial, Cloud Computing, dan sensor, dengan tumpuan pada kecerdasan buatan, robotik, dron, percetakan 3D, bioteknologi, dan pengkomputeran kuantum. Ini mempengaruhi sistem pendidikan secara global dan mencipta perubahan yang tidak dapat dielakkan. Namun, Revolusi Industri 4.0 juga menghadirkan cabaran terhadap Falsafah Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam, terutama dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial, kerana teknologi berkembang dengan cepat dan tidak dapat dikawal sepenuhnya. Oleh itu, pendekatan mujahadah an-Nafs, yang diterangkan oleh Imam al-Ghazali, perlu diterapkan untuk melawan pengaruh negatif teknologi dan mempertahankan jiwa generasi masa depan. Mujahadah al-Nafs adalah usaha yang teratur untuk melawan hawa nafsu dan menghapuskan sifat-sifat mazmumah agar hati dilimpahi dengan cahaya ilmu. Peranan institusi keluarga sangat penting dalam memberikan bimbingan agama kepada anak-anak untuk mengukuhkan jiwa mereka. Pendidikan awal di rumah oleh ibu bapa dan pendidikan formal di sekolah oleh guru-guru adalah gabungan yang efektif untuk membentuk generasi Melayu Islam Beraja (MIB) yang taat kepada Agama, Raja, dan Negara Brunei Darussalam. Dengan pengukuhan ilmu kerohanian, pelajar dapat memperkukuh jati diri dan mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kemajuan teknologi.
References
[1] Al-Attas, S.M.N. (2007): Tinjauan ringkas peri ilmu dan pandangan alam. – Penerbit Universiti Sains Malaysia 76p.
[2] Al-Ghazali, A.H.M. (2003): Majmu'ah rasa'il al-Imam al-Ghazali. – Dar al-Fikr 476p.
[3] Apong, A.A.B (2018): Melahirkan Generasi Berwawasan Melalui Pendidikan Berteraskan Konsep Melayu Islam Beraja. – UNISSA Press 17p.
[4] Awang Tarif, M.A., Kurniawan, C.S. (2022): Peranan Jabatan Mufti Kerajaan Dalam Memelihara Syiar Islam Di Negara Brunei Darussalam. – Al-Shafi'i| International Journal of Islamic Contemporary Studies 1: 54-81.
[5] Hamjah, S.H. (2015): Pendekatan kaunseling spiritual menurut al-Ghazali. – Dewan Bahasa dan Pustaka 257p.
[6] Ismail, S.Z. (2016): Aplikasi Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia dalam Membendung Jenayah Syariah di Alam Siber. – Undang-undang Jenayah Syariah di Alam Siber, Selangor: Imtiyaz Multimedia & Publications 26p.
[7] Manap, N.A. (2004): Jenayah berkaitan dengan komputer: Perspektif undang-undang Malaysia. – Dewan Bahasa dan Pustaka 142p.
[8] Noordin, T.A., Dan, N.A. (2002): Pendidikan dan pembangunan manusia: pendekatan bersepadu. – As-Syabab Media 276p.
[9] Nordin, N.M., Embi, M.A. (2008): Pengintegrasian ICT dalam pendidikan: penyelidikan, amalan dan aplikasi. – Karisma Publications Sdn Bhd 166p.
[10] Schwab, K. (2017): The Fouth Industrial Revolution. – Penguin Group 192p.
[11] Sinnappan, S. (1999): Internet Addiction: An Exploratory Study on Malaysian Internet Users. – Universiti Putra Malaysia 123p.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 ISMAIL ABAS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.