PENGASIMILASIAN CARA HIDUP ORANG ASAL KE ATAS ORANG PERANTAU DALAM MEMBENTUK KEHIDUPAN DI JOHOL
THE ASSIMILATION OF INDIGENOUS PEOPLE’S WAY OF LIFE INTO THE MIGRANTS IN SHAPING LIFE IN JOHOL
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6si2.1005Keywords:
cara hidup, orang asal, orang perantau, pengasimilasianAbstract
Cara hidup dalam kalangan Orang Asal dan Orang Perantau merupakan isu yang sering diperdebat dari perspektif sains sosial melibatkan bidangan sosiologi. Di Johol, Orang Asal yang terdiri daripada Orang Asli walau bagaimanapun diprasangka terserap cara hidupnya ke dalam cara hidup Orang Perantau yang terdiri daripada Orang Melayu Minang. Hal ini disebabkan cara hidup Melayu secara amnya dianggap dominan di negara Malaysia. Berikutan daripada isu ini, maka timbul persoalan adakah cara hidup Orang Asal terserap dalam kehidupan Orang Perantau? Atau sebaliknya, adakah cara hidup Orang Perantau yang terserap? Lantaran itu, artikel ini bertujuan untuk meneliti pertembungan cara hidup Orang Asal dan Orang Perantau serta asimilasi yang melibatkan kedua-duanya. Penelitian dibuat dalam ruang lingkup asimilasi budaya yang melibatkan asas pemerintahan, kepercayaan dan adat. Oleh demikian, pendekatan kualitatif adalah diguna pakai dengan melaksanakan temu bual separa berstruktur. Temu bual terhadap enam informan terpilih telah dilaksanakan di Johol - Negeri Sembilan di antara 23 Jun 2022 hingga 12 Januari 2023. Hasil daripada pungutan data mendapati bahawa cara hidup Orang Asal telah dijadikan teras dan masih kekal dalam kehidupan di Johol. Namun begitu, cara hidup Orang Asal pada masa yang sama didapati telah dilenturkan untuk menerima perubahan hasil pertembungan cara hidup. Asas pemerintahan didapati telah dibahagikan dengan jelas iaitu Orang Asal ditumpukan di hutan dan Orang Perantau bertumpu di kampung. Sementara aspek kepercayaan memperlihatkan pegangan animisme oleh Orang Asal telah bertukar kepada Islam sungguhpun tidak sepenuhnya. Manakala, pengamalan adat oleh Orang Asal yang dikenali sebagai Adat Bona telah menunjangi adat Orang Perantau selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Konklusinya, cara hidup Orang Asal dan Orang Perantau didapati telah mengalami perlenturan bagi membolehkan penerimaan cara hidup sebahagiannya demi berkelangsungan. Cara hidup unik dan harmoni ini mempotretkan bahawa toleransi untuk mewujudkan kehidupan yang damai adalah diutamakan.
References
[1] Arrarki, R., Bustami, M.R. (2025): Merantau to Malaysia: Perspectives of Indonesian migrant workers in Penang, Malaysia. – Quantum Journal of Social Sciences and Humanities 6(2): 42-56.
[2] Creswell, J.W., Poth, C.N. (2016): Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches. – Sage Publications 414p.
[3] Jangga, R., Ali, A., Yaakob, A.N. (2023): Kajian Analisis Peranan Tok Biah Di Dalam Adat Dan Kepercayaan Orang Asli Jakun, Bekok, Labis, Johor. – International Journal of Advanced Research in Education and Society 5(2): 86-100.
[4] Lune, H., Berg, B.L. (2017): Qualitative research methods for the social sciences. – Pearson 251p.
[5] Marican, S. (2006): Penyelidikan sains sosial: Pendekatan pragmatik. – Edusystem 238p.
[6] Nordin Selat, A.H. (2015): Sistem sosial adat Perpatih. – Akademia 41p.
[7] Nyumba, T.O., Wilson, K., Derrick, C.J., Mukherjee, N. (2018): The use of focus group discussion methodology: Insights from two decades of application in conservation. – Methods in Ecology and Evolution 9: 20-32.
[8] Patton, M.Q. (2002): Qualitative research and evaluation methods. – Thousand Oaks: Sage Publications 690p.
[9] Schensul, S.L., Schensul, J.J., LeCompte, M.D. (1999): Ethnographer's toolkit:[all the tools needed to begin doing ethnographic research in one package...]. 2. Essential ethnographic methods: observations, interviews, and questionnaires. – Altamira Press 318p.
[10] Zhang, Y., Wildemuth, B.M. (2009): Qualitative analysis of content. – Applications of Social Research Methods to Questions in Information and Library Science 308(319): 12p.
[11] Zulkifli, N., Yusoff, M.Y.M. (2022): Elemen-Elemen Sosiobudaya dalam Kalangan Masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. – Jurnal Wacana Sarjana 6(2): 1-13.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 ZAHRUL AKMAL DAMIN, FAUZIAH ANI, SHAHIDAH HAMZAH, NORIZAN RAMELI, NUR AZAH RAZALI, HARLIANA HALIM, NOR SHELA SALEH, RIKI RAHMAN, NURUL AIMI RAZALI, LUTFAN JAES

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.